Oleh pada 24 Oct 2017 kategori

bapa zahirah macwilson tak suka zul ariffin 1

Kredit foto: Beautifulnara

Bapa aktres cantik Zahirah McWilson, Zainol McWilson tampil dengan sebuah komen di laman Instagram yang menimbulkan tanda tanya ramai.

Segalanya bermula apabila seorang peminat menerusi ruangan komen memberitahu keinginannya untuk melihat Zahirah dan teman lelakinya, aktor Zul Ariffin digandingkan dalam sebuah drama atau filem.

Lantas cadangan yang dilontarkan di kiriman Instagram Zahirah itu mendapat perhatian Zainol.

Zainol membalas bersahaja, "Macam dah tak ada hero lain ke?"

bapa zahirah macwilson tak suka zul ariffin 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Komen terbuka Zainol itu dikatakan memberi bayangan kurang enak akan hubungannya dengan teman lelaki anak perempuannya itu.

Bagaimanapun ada yang mendakwa kemungkinan Zainol enggan pasangan ini digandingkan dalam lakonan atas sebab tertentu.

Sehingga kini tiada penjelasan dibuat mengenainya. 


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)