Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Aktres Elfira Loy dengan bangga berkongsi foto kereta idamannya yang juga kini menjadi kereta pertamanya - Mercedez Benz.

Foto yang dimuat naik di laman Instagram itu memaparkan pelakon berusia 23 tahun tersebut bergambar dengan wajah yang begitu teruja.

Menerusi kapsyen, Elfira melahirkan penghargaan kepada para penyokong beliau, tak kurang menganggap kereta mewah itu sebagai ganjaran atas usaha kerasnya selama ini.

elfira loy dedah foto kereta mewah pertamanya yang mengejutkan 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Dalam ruangan komen, netizen mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah. Rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang berjaya diraih Elfira.

surinasalleh: Tahniah El. Makcik doakan semoga murah rezeki lagi dan diberkati Allah SWT. Yang penting jangan meninggi diri ya, sayang. Amin.

wawa_darus: Alhamdulillah. Rezeki itu dari Allah. Yang penting kita kena usaha, jangan mengeluh dan jangan lupa Dia. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Semoga berjaya dunia akhirat, El. Sayang awak, El.  

nurulhazira5590: Muda-muda dah dapat beli kereta mewah. Tahniah Elfira Loy. Moga terus berjaya.

azizi4li: Tak nampak dah lah artis jalan kaki kat Hussein Onn tu.

angahputra_84: Untung lah Sufian dapat naik free.

Selain bergelar aktres, pelakon drama Untuk Terakhir Kali itu juga adalah seorang pengurus cafe dan usahawan muda kepada tudung atas jenamanya sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)