Kredit foto: Instagram @zamanislam_official

     

Zamani Ibrahim, 48, memaklumkan bakal bertunang dengan gadis pilihannya, Juliana pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Beliau membuat kejutan itu dalam satu pengumuman ketika majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani anjuran syarikat miliknya, ZIME Production yang berlangsung di sebuah lokasi, petang semalam.

Pengumuman berkenaan kemudiannya disambut tepukan gemuruh tetamu hadir, terdiri daripada peminatnya, termasuk anggota kumpulan Slam dan penyanyi Ameng Spring.

Dalam pada itu, Zamani ketika dihubungi portal Harian Metro, memohon agar netizen mendoakan hubungannya dengan kekasih supaya berakhir dengan penamat indah.

Beliau memberitahu, masih belum ada ketetapan tarikh bagi majlis pertunangan yang telah dirancang.

       

zamani bakal bertunang 2

Kredit foto: Instagram @zamanislam_official

       

“Masih belum dapat kerana kami masih mencari-cari tarikh yang sesuai.

“Apapun saya mengharapkan restu peminat agar mendoakan perancangan ini jadi kenyataan dan majlis nanti berjalan lancar,” katanya.

Difahamkan, mereka sudah lama berkawan dan gadis yang dikenali sebagai Julie itu sering hadir menyatakan sokongan kepadanya ketika bersaing di program Gegar Vaganza (GV) musim kelima.

Julie turut bertanggungjawab menyuntik semangat ketika vokalis kumpulan Slam itu berdepan musibah dalam kerjayanya.

Dalam pada itu, Julie pula menyerahkan kepada Zamani untuk segala urusan dan perancangan yang dibuat.

“Saya hanya mengikut sahaja. Baik pada Zamani, maka baiklah untuk saya,” katanya ketika dihubungi.

      

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)