Oleh pada 28 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @zamanislam_official

        

Tahniah kepada penyanyi Zamani yang kini meledak dengan single terbaharunya, Aduh hasil sentuhan komposer Faizal Tahir.

Mengenai sisi peribadinya, umum barangkali sudah mengetahui hubungannya dengan Juliana atau Julie yang juga pembantu peribadinya.

Juliana merupakan individu yang bertanggungjawab memberikan sokongan kepada beliau ketika penyertaan dalam program realiti Gegar Vaganza 5.

Malah Juliana jugalah yang setia menyalurkan kata-kata semangat mengiringi perjalanan karier Zamani yang penuh pasang surutnya.

Sebelum ini iaitu pada 15 Jun lalu bertempat di majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani anjuran ZIME Production di Ampang, peminat dikejutkan dengan pengumuman daripada vokalis kumpulan Slam itu yang mendedahkan bakal bertunang dengan gadis pemilik nama penuh Nur Juliana Abdul Rani.

Kepada Harian Metro, Zamani menceritakan bagaimana dia terdetik membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 48, pada Ramadan lalu, beliau telah pergi ke Kedah selama dua minggu untuk berjumpa seorang ustaz atas urusan peribadi.

Dalam masa sama, beliau menerima saranan dan nasihat supaya mempercepatkan perkahwinan.

     

selepas umum mahu bertunang zamani dedah punca nekad kahwin cepat 2

Kredit foto: Instagram @zamanislam_official

      

"Ustaz yang ditemui menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama.

“Dia turut menasihatkan yang mana boleh dibaiki, saya kenalah baiki.

“Kesempatan bertemu Ustaz itu, saya menjelaskan sudah lama berkawan dengan gadis itu dan meminta pendapatnya.

“Sudah lama saya berhasrat nak tamatkan zaman bujang dan bergelar suami kepada Juliana tetapi belum ada keyakinan yang cukup kuat.

“Alhamdulillah, kata-kata ustaz ini benar-benar meresap dan memberi kesedaran kepada saya untuk bertekad melakukannya (berkahwin)," katanya.

Dalam pada itu, Zamani masih berahsia akan tarikh pertunangan mereka dan hanya akan mendedahkannya apabila tiba waktunya kelak.

Dalam perkembangan lain, beliau yang berduet bersama Ezad Lazim menerusi lagu Lima Aksara, bakal melancarkan single berkenaan secara besar-besaran di platform laman sosial mulai hari ini.

      

Sunber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)