Anggota Kumpulan

1. Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One) dilahirkan pada 20 September 1989.

2. Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz) dilahirkan pada 10 Jun 1989.

3. Mohamad Arif Ameerais Azhar (Ameer) dilahirkan pada 9 Oktober 1990.

4. Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam) dilahirkan pada 2 Jun 1990.

Media sosial: Instagram @official.forteen

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

2. Pernah bergelar artis naungan syarikat rakaman KRU Records.

3. Penyanyi berkumpulan yang membawa konsep padu suara untuk lagu-lagu bergenrekan balada.

4. Daripada segi imej, mereka tampil dengan gaya 'smart kasual'.

5. Majoriti ahli kumpulan ini berkebolehan bermain instrumen muzik iaitu Izzue (gitar, bass dan dram), Ameer (gitar, drum) dan Ariz (piano).

6. Pernah terbit dengan album EP berjudul Kita pada tahun 2013.

7. Antara lagu hits mereka seperti Berdua Bersatu, Seperti Dulu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa, Linangan Terakhir, Dekat Tapi Jauh dan 10 Jari Aidilfitri.

8. Pernah merangkul trofi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) pada tahun 2012.

9. Mengadakan konsert pertama pada 29 April 2014 bertempat di Kl Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail. Berlangsung kira-kira dua jam, sebanyak 18 lagu popular dinyanyikan seperti Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, Hati Terluka dan Kita.

10. Selain bergerak sebagai kumpulan, anggota Forteen juga tampil secara solo dalam bidang nyanyian dan lakonan.

11. Ameer pernah hadir dengan single solo berjudul Pulangkan Cinta ciptaan Fendi Caliph Busker Dan Edry Abdul Hakim, diterbitkan pada 12 Januari 2018.

12. Manakala Izzue menceburi bidang lakonan dan menjadi antara aktor terkenal di Malaysia.

13. One pernah menyertai rancangan realiti D’ Academy Asia 3 yang berlangsung di Indonesia.

14. Pada September 2018, kumpulan ini terpilih sebagai peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelima, bersaing dengan nama-nama besar iaitu Noryn Aziz, Amelina, Shafie Rio, Zamani, Safura, Hetty Sarlene, Maya, Dia Fadila, Farahwahida, duo Billy Zulkarnain dan kumpulan Elite.

15. Pada 18 November 2018, Izzue mengejutkan ramai dengan pengumuman pengundurannya daripada kumpulan itu kerana mendakwa sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Foto

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 2

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 3

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 4

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 5

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 6

biodata kumpulan forteen peserta gegar vaganza 5 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. BH Online

4. Instagram Forteen




Hakcipta iluminasi.com (2017)