Kredit foto: Instagram @zahidbaharudin
Penyanyi Zahid Baharudin, 39, dan isterinya, Sarah Julifa Yusof , 31, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.
Terkini, bekas Juara Akademi Fantasia musim kedua itu mengesahkan spekulasi perceraiannya dan isteri pada 18 Julai lalu.
Difahamkan, mereka bersepakat mengambil keputusan rentetan masalah rumah tangga yang tercetus sejak setahun lalu.
Zahid berkata, apa yang membuatkan dirinya ralat apabila mengenangkan perpisahan terjadi beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran Sarah.
Mengulas punca perceraian, penyanyi yang juga juruhebah itu menyifatkan mereka sudah tidak bersefahaman sebagai suami isteri.
Kredit foto: Instagram @zahidbaharudin
"Memang betul khabar angin yang mengatakan saya sudah berpisah dengan isteri saya. Sebenarnya saya dan bekas isteri berpisah secara baik.
"Perkara itu sudah dibincangkan selama setahun sebelum kami buat keputusan untuk berpisah pada Khamis iaitu pada 18 Julai lalu.
"Saya rasa serba salah juga sebab perpisahan kami terjadi beberapa hari sebelum hari lahir dia.
"Sebenarnya benda ini saya tak boleh beritahu orang luar sebab hal rumah tangga saya dan ia terlalu peribadi.
"Biarkan saya dan bekas isteri selesaikan sendiri. Kami berpisah secara baik dan bukan disebabkan orang ketiga dan tiada pergaduhan.
"Tapi saya dengan dia sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri dan hanya ada persefahaman untuk anak sahaja.
"Saya harap hubungan saya dengan keluarganya tidak akan pernah putus sampai bila-bila dan harap sokongan semua orang untuk saya teruskan kehidupan membesarkan anak kami," katanya memetik temubual bersama program hiburan Melodi, semalam.
Sumber berita: Mstar