Oleh pada 17 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Media Hiburan

Pelakon Serina Redzuawan dalam wawancara terbarunya enggan mengulas lanjut komen yang dilontarkan bapa beliau, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan tentang punca keretakan rumah tangganya yang tersebar baru-baru ini. Beliau lebih selesa menafsirkan punca masalah perhubungan tersebut kerana jodoh yang tidak panjang.

giliran serina pula dedah punca penceraian 2

Kredit foto: Instagram Serina Redzuawan

Saya anggap jodoh kami tidak panjang. Saya kena jaga maruah dan air muka dia (suami). Apatah lagi dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Saya bukan ingin meraih simpati mahupun publisiti murahan. Cuma saya minta peminat doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Apa-apapun, ia (cerai) masih dalam proses lagi dan kami belum berpisah.

Sumber: BH Online 

Menurut Serina lagi, dia yakin ada hikmah yang tersembunyi dalam kemelut yang sedang dihadapinya kini. Dia turut melahirkan penghargaan kepada para peminatnya yang tidak henti-henti memberikan sokongan. 

Saya reda dengan qada dan qadar. Jangan pernah menyalahkan takdir dan jodoh, pasti ada hikmah serta rahsia kebahagiaan yang Allah janjikan. Saya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa. Terima kasih buat peminat yang menyokong saya, memberikan semangat dan doa. Insya-Allah, saya lebih tenang dan bahagia selepas ini. Saya bersyukur, anak dan keluarga adalah kekuatan saya sekarang.

Sumber: BH Online 

Ketika diasak dengan soalan apakah teladan yang dapat dikongsi bersama masyarakat daripada isu rumah tangganya, Serina mengakui tidak mampu menafsirkan perkara itu kerana hanya mereka yang berada di tempatnya sahaja yang dapat memahami situasi sebenar. 

giliran serina pula dedah punca penceraian 3

Kredit foto: Instagram Serina Redzuawan

Saya tak boleh komen mengenai hal ini. Hanya mereka yang melalui (sesuatu dugaan) akan merasainya. Jangan menghukum dan menilai kehidupan orang lain. Doakan saja yang terbaik.

Sumber: BH Online  

Terdahulu, perkahwinan Serina bersama suami, Gavin Edward O'luanaigh selama tujuh tahun dikatakan mengalami masalah. Bapa Serina, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya mendedahkan keretakan hubungan tersebut disebabkan oleh suami Serina sendiri yang enggan memberi nafkah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)