Oleh pada 02 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @zahidbaharudin

       

Sebelum ini, misteri kehilangan bapa penyanyi Zahid Baharudin iaitu Baharuddin Md Arif selama hampir 12 jam di Teluk Intan, Perak pada Ahad lalu, terjawab apabila ditemui dalam lingkungan pukul 10.30 malam, hari sama.

Zahid berkata, penyakit demensia dihidapi sejak dua tahun lalu menjadi punca lelaki berusia 70 tahun itu berdepan masalah ingatan.

"Ayah tak mampu nak ingat dengan baik... sebenarnya sudah hampir tiga tahun dia tak memandu. Namun pada pagi hari kejadian entah macam mana dia ambil kunci kereta dan memandu tanpa disedari keluarga.

"Mak terkejut apabila tengok ayah dan kereta sudah tiada, terus dia hubungi kami adik-beradik.

"Semasa kami temui ayah di Gerik, dia pun tak tahu nak pergi mana, cuma ayah ada cakap dengan orang awam yang membantu dia nak pergi Kelantan," katanya kepada Mstar.

Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasia musim kedua itu berkata, bapanya ditemui dalam lingkungan jam 10.20 malam selepas perjalanan berjarak 230 kilometer menggunakan kereta jenis Proton Preve berwarna silver dengan nombor plat DCS 6092.

Warga emas itu dijumpai dalam keadaan sihat meskipun terdapat sedikit kerosakan kecil pada kenderaan dipandu.

      

ayah nak pergi kelantan zahid dedah butiran lanjut kes kehilangan bapa 2

Kredit foto: Instagram @zahidbaharudin

       

"Ayah ditemui oleh kawan sepejabat kakak saya, dia nampak kereta yang dipandu ayah dan tahan sehingga polis datang membantu.

"Alhamdullilah, semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku. Rasa lega sangat bila ayah ditemui dan dia hanya mengadu lapar.

"Mujurlah sepanjang perjalanan jauh itu petrol kereta tak habis, kalau tidak lain pula jadinya," katanya.

Sementara itu, Zahid berterima kasih kepada orang awam yang banyak membantu dalam memberi info selepas dia menularkan kejadian berkenaan di laman sosial.

"Terima kasih kepada pasukan polis Perak, orang-orang Teluk Intan, Gerik dan semua yang membantu menyelamatkan ayah.

"Juga kepada orang ramai yang kongsi berita kehilangan di media sosial," katanya.

    

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)