azwan ali tak pergi kebumi ibu sendiri

Kredit foto: astrogempak.com.my

Pada Februari lalu, industri hiburan dikejutkan dengan kehilangan  Mak Tom, ibu kepada selebriti Azwan Ali. Mak Tom dikatakan menderita penyakit angin ahmar selama lebih empat bulan sebelum meninggal dunia. 

Namun yang tak sedapnya, selepas itu tersebar pula khabar mengatakan Azwan Ali tidak hadir pada hari pengebumian ibunya. 

Khabar tersebut ternyata mendapat kecaman hebat netizen sehingga ada yang yang menggelarkan Azwan Ali sebagai anak derhaka. 

Tidak berdiam diri, Azwan Ali tampil buka mulut menjawab isu tersebut. 

Kenyataan itu didedahkan Azwan menerusi rancangan hiburan, Melodi baru-baru ini.  

Berikut kata Azwan: 

Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila Maknya sendiri meninggal dunia‚Ķ Saya ada sejuta sebab kenapa saya tidak langsung menghadiri. Saya tak pergi melawat jenazah dan saya tidak berada di tanah perkuburan, tetapi saya akan menjawab dengan Allah SWT sebab Allah Maha mengetahui kenapa saya tidak berada di sisi jenazah.

Sumber berita: artisbuzz.com 


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)