Gegelung hula, atau hula hoop versi moden yang diperkenalkan pada tahun 1958 oleh syarikat mainan Wham-O telah menginsprasikan peminatnya untuk mencipta pelbagai rekod dunia.
Rekod ini termasuklah rekod maratahon hula hoop paling lama iaitu selama 74 jam 54 minit, putaran gelung hula paling banyak secara serentak iaitu sebanyak 200, dan juga pusingan paling banyak dalam masa seminit iaitu sebanyak 243 kali.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi yang tak dapat memecahkan rekod sedia ada, mereka akan mencari jalan dengan mecipta cara baru untuk menghasilkan rekod baru menggunakan gelung hula ini. Dan yang terbaru adalah melibatkan memutarkan gegelung yang paling besar di dunia.
Pada November 2017, seorang lelaki dari Jepun, Yuya Yamada atau lebih dikenali sebagai Hoop Man Yu-Ya telah mencipta rekod dunia yang baru. Beliau yang memutarkan gegelung hula aluminium dengan saiz 5.14 meter itu telah menjadi pemegang Guinness World Record yang baru.
Dalam acara itu, walaupun Yuya yang juga merupakan penghibur jalanan hanya perlu membuat 3 putaran lengkap untuk memecahkan rekod lama, namun beliau berjaya melakukan 6 putaran lengkap.
Dengan itu, Yuya telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Ashrita Furman dari Amerika Syarikat yang berjaya melakukannya menggunakan gegelung 5.04 meter pada tahun 2010.
Walaupun Yuya kelihatan mudah melakukannya, namun untuk memutarkan gegelung sebegitu besar tersangatlah sukar dan mencabar. Jika anda hanya perlu menggunakan bahagian badan untuk memutarkan gegelung bersaiz biasa, gegelung hula sebesar ini perlu diputarkan menggunakan tangan terlebih dahulu dan perlu berlari ke depan dan belakang ketika ia sedang berputar.
Ia mungkin kelihatan seperti kelakar namun untuk mengekalkan gegelung tersebut di udara, anda perlu mengekalkan momentumnya dan ia tak akan dapat dilakukan tanpa latihan yang kerap dan bakat semulajadi.
Penghibur jalanan Tokyo ini yang sering membuat persembahan di sekolah tempatan sangat terkenal dengan trik-trik gegelung ini seperti berlari sambil memutarkan gegelung, memutarkan secara menegak menggunakan kepala dan punggung dan juga memutarkan berpuluh-puluh gegelung dalam satu masa.
Walaupun sangat berpengalaman, Yuya sangat gementar sebelum melakukan rekod dunia dan berlatih dengan begitu kuat. Selepas berjaya memecahkan rekod, beliau berkata:
"Saya merasakan tekanan untuk memecahkan Guinness World Records di Jepun pada hari istimewa ini. Saya terpaksa mencipta rekod baru, dengan semua percubaan lain yang berlangsung di seluruh dunia. Percubaan ini berada dalam fikiran saya sejak beberapa bulan lalu, dan saya sangat berharap ia berhasil. Jadi saya gembira, tetapi saya juga sangat lega menjadi pemegang rekod baru! "