Setiap banduan yang masuk ke dalam penjara mempunyai liku-liku hidup yang berbeza. Ada yang berubah menjadi lebih baik dan tidak kurang juga ada yang menjadi lebih teruk. Ada bantuan yang memanfaatkan masa mereka dengan berkarya sebagai satu bentuk ekspresi diri.

Dalam sejarah, sebenarnya terdapat banyak buku hebat dan popular yang berjaya disiapkan ketika penulisnya menghabiskan tempoh tahanan mereka dalam penjara. Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan antara 7 buku popular yang ditulis ketika penulisnya berada dalam penjara. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. The Travels of Marco Polo oleh Rustichello da Pisa

the travels of marco polo

Selepas mengembara selama 24 tahun dan hampir 15,000 batu, saudagar terkenal dalam sejarah Itali abad ke-13 Marco Polo kembali ke Venice. Namun ketika itu berlakuranya perang dengan Genoa. Apabila Genoa merampas kawasannya, beliau telah ditawan dan dimasukkan ke dalam penjara.

Beliau kemudiannya menghabiskan berbulan-bulan di dalam penjara dengan menceritakan perjalanannya kepada rakan banduannya, Rustichello da Pisa, yang menyusunnya ke dalam sebuah buku yang kini dikenali sebagai The Travels of Marco Polo. BukuTravelog ini memperkenalkan orang Eropah ke kawasan Asia Tengah dan China yang sebelum ini tidak diketahui.

2. Conversations with Myself oleh Nelson Mandela

conversations with myself

Terdapat beberapa banduan yang terkenal seperti Nelson Mandela, individu yang ditahan selama 27 tahun dalam tahanan kerana kepercayaan politiknya sebelum beliau kemudiannya menjadi Presiden Afrika Selatan yang telah banyak berubah selepas  dibebaskan.

Buku yang luar biasa ini adalah kompilasi tulisan yang dikarang Mandela selama bertahun-tahun, kebanyakannya ditulis semasa dia menjalani hukumannya. Buku ini menjadi inspirasi bagi sesiapa sahaja yang ingin mengatasi ketidakadilan atau meragui keupayaan mereka untuk kekal komited kepada cita-cita mereka/

3. Shantaram oleh Gregory David Roberts

shantaram

Gregory David Roberts terkenal sebagai penagih heroin yang merompak orang dengan cara yang paling sopan. Dia melarikan diri dari penjara pada tahun 1980 dan tinggal di India selama hampir sepuluh tahun, ditangkap semula pada tahun 1990, dan mendakwa dia melarikan diri lagi tetapi kembali sebelum sesiapa menyedarinya, kerana dia memutuskan untuk menjalani hukumannya dan memulakan semula dengan catatan yang bersih.

Dia mula menulis Shantaram semasa menjalani hukumannya bagi penggal kedua. Ia adalah versi rekaan ceritanya sendiri. Beberapa bahagian dalam buku ini dimuatkan imaginasinya sendiri, tetapi beberapa fakta yang dimuatkan dalam buku ini cukup mengagumkan. 

4. Can’t Keep it To Myself oleh Wally Lamb dan banduan di York Correctional Institution di Connecticut

wally lamb

Wally Lamb ialah pengarang buku terkenal She's Come Undone dan I Know This Much is True dan sejak 1999 beliau mengendalikan program penulisan di York Correctional Institution. Couldn't Keep it To Myself ialah koleksi esei yang ditulis oleh banduan, selalunya memperincikan keadaan kejam dalam kehidupan awal mereka, pengalaman mereka di penjara dan harapan mereka untuk masa depan.

Hasilnya ialah 12 kisah hebat dan mengharukan yang merakamkan kehidupan di penjara wanita zaman moden yang tidak sama sekali seperti yang pernah ditulis dimana-mana media.

5. Letters from Birmingham Jail oleh Martin Luther King Jr.

letters from birmingham jail

Aktivis hak sivil Martin Luther King, Jr, menulis surat terbuka ini pada April 1963, di mana beliau mempertahankan protes aman terhadap perkauman apabila beliau dipenjarakan kerana menganjurkan protes tanpa kekerasan terhadap pengasingan kaum di Birmingham, Alabama.

Dalam surat ini dia menulis frasa popular yang berbunyi "injustice anywhere is a threat to justice everywhere’' yang bermaksud "ketidakadilan di mana-mana adalah ancaman kepada keadilan di mana-mana" yang menjadi rujukan penting untuk Pergerakan Hak Sivil Amerika pada 1960-an.

6. Pisan Cantos oleh Ezra Pound

pisan cantos

Koleksi puisi yang panjang dan tidak lengkap ini terbahagi kepada 120 bahagian yang ditulis pada tahun 1948 oleh penyair ekspatriat Amerika Ezra Pound. Buku secara meluas dianggap sebagai salah satu karya puisi moden yang paling penting pada abad ke-20.

Walau bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa beliau menulis Cantos LXXIV hingga LXXXIV semasa ditahan oleh Amerika di bandar Pisa Itali semasa Perang Dunia Kedua selepas beliau mengumukan secara terbuka untuk menyokong rejim diktator Mussolin.

7. Don Quixote oleh Miguel de Cervantes

don quixote 380

Penulis dan ketua tentera Sepanyol abad ke-17 Miguel de Cervantes menghabiskan pelbagai tugas di penjara sepanjang hayatnya dan mendakwa prolog kepada sindiran hebatnya dalam Don Quixote sebagai novel moden pertama Eropah yang dihasilkan dari dalam penjara.

Beliau yang ketika itu dibelenggu dengan hutang dan terkurung dalam sel penjaranya , Cervantes membiarkan imaginasinya berjalan bebas dan membayangkan pengembaraan seorang kesatria di muka bumi Sepanyol yang penuh dengan cabaran. 

Kredit:

  1. The Culture Trip
  2. Barnes & Noble



Hakcipta iluminasi.com (2017)