Wabak Coronavirus bermula sejak Disember 2019 kini telah meragut lebih dari 3,390 nyawa di seluruh dunia dengan jumlah kes setakat ini mencecah 98,773 kes.
China telah melakukan kuarantin terhadap wilayah Wuhan yang merupakan pusat kepada wabak ini.
Dilaporkan bahawa wabak ini bermula dari Pasar Makanan Laut China Selatan yang juga menjual haiwan liar. Haiwan yang menjadi punca kepada wabak ini masih belum dikenal pasti tetapi ia mungkin ular menurut pegawai-pegawai Cina.
BESARKAN TEKS A- A+
Apa itu Coronavirus?
Coronavirus adalah jenis virus yang menyebabkan simptom yang serupa dengan selesema biasa, keamatannya boleh berubah dari ringan hingga sederhana. Tetapi baru-baru ini terdapat 3 jenis coronavirus yang menyebabkan penyakit yang teruk pada manusia, iaitu:
- SARS (China in 2002)
- MERS (Saudi Arabia 2014 – Korea 2015)
- 2019-nCoV (China 2020)
Wabak baru-baru ini di China membuatkan seluruh dunia bimbang, dengan pemeriksaan lapangan terbang yang dilaksanakan oleh sesetengah negara manakala yang lain memanggil rakat mereka untuk pulang dari China.
Apa kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memperuntukkan garis panduan untuk melindungi diri daripada virus seperti berikut:
- Kerap cuci tangan dengan menggunakan cecair pembersih tangan berasaskan alkohol atau sabun dan air;
- Apabila batuk dan bersin, tutup mulut dan hidung menggunakan tangan atau tisu - buang tisu serta-merta dan basuh tangan;
- Elakkan kontak rapat dengan sesiapa yang demam dan batuk;
- Sekiranya anda mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dapatkan rawatan lebih awal dan kongsi sejarah perjalanan sebelumnya dengan doktor;
- Pengambilan produk haiwan mentah atau daging kurang masak harus dielakkan. Daging mentah, susu atau organ haiwan harus ditangani dengan berhati-hati, untuk mengelakkan pencemaran silang dengan makanan yang belum dimasak, seperti amalan keselamatan makanan yang baik.
Garis panduan yang sama disediakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat.
Perkara penting bagi garis panduan yang dikeluarkan oleh kedua-dua organisasi ini adalah "basuh tangan dengan kerap".
Basuh tangan di siang hari
Bagi umat Islam, pengambilan wuduk adalah diwajibkan sebelum solat. Seperti firman Allah S.W.T dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. (Al-Maidah 5:6)
Mencuci wajah, lengan (termasuk tangan) dan kaki adalah sebahagian daripada amalan berwudhu. Melakukan amalan ini sebelum 5 solat wajib sehari, bermakna kita sudah membasuh tangan dengan begitu kerap.
Basuh tangan sebelum tidur
Selain itu, Nabi Muhammad SAW menasihatkan kita untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila kamu hendak tidur, berwudhulah seperti untuk solat " (Sahih al-Bukhari 247)
Basuh tangan pada waktu pagi
Malah selepas bangun pagi pun kita perlu membasuh tangan. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
"Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jika salah seorang kalian bangun dari tidur, hendaklah dia membasuh kedua tangannya tiga kali sebelum memasukkan tangannya ke dalam bekas air, kerana dia tidak tahu di mana tangannya bermalam”. (Sahih al-Bukhari 160, Sahih Muslim 278)
Kita harus berdoa untuk semua saudara kita yang mengalami krisis akibat wabak virus Corona dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan diri.
Salah satu langkah terpenting dalam berbuat demikian adalah dengan menjaga kebersihan tangan yang mana dilakukan secara automatik jika kita mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Doa pelindung dari penyakit
Berikut adalah beberapa doa yang boleh anda baca untuk melindungi diri anda daripada wabak bersama penyakit lain:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا
“Alhamudu lillahil-ladhi afani mimmab-talaka bihi wa faddalani ala kathirim-mimman khalaqa tafdeela”
Maksud: Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan daku dari apa yang Dia telah menimpakan kamu dan melimpahkan banyak kepadaku lebih daripada apa yang diciptakan-Nya".
Baca doa berikut untuk pencegahan daripada semua penyakit:
اَللّٰهُمَّ إِنِّیْ أَعُوْذُبِکَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُوْنِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَیِّءِ الاَسْقَامِ
“Allahumma inni audhubika minal-barasi wal-junooni wal-juzami, wa minal-sayyi’ilasqam”
Maksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari leucoderma, dan kegilaan, dan kusta, dan semua penyakit yang buruk.”
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua dari penyakit maut. Amin.
Wallahualam
Rujukan:
1. Wudhu - Pertahanan Dari Coronavirus
2. Surah
3. Worldometers