kajian penawar vaksin novel corona virus covid 2019 ncov

Ketika para pegawai kesihatan dan doktor di seluruh dunia berperang untuk menyelamatkan nyawa pesakit akibat COVID-19, saintis-saintis terkemuka dunia pula sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin bagi virus SARS-CoV-2.

Di antara mereka yang sedang memimpin perlumbaan ini bergantung harap kepada pengetahuan dari wabak coronvirus yang terdahulu, manakala yang lain menggunakan teknologi platform vaksin yang digunakan untuk memerangi wabak lain, termasuk Ebola.

perlumbaan menghasilkan vaksin novel coronavirus

Walaupun proses pengawalseliaan dan halangan birokrasi mungkin dipercepatkan, termasuk mempercepatkan ujian klinikal ke atas manusia, dunia perlu bersabar akan kedatangan vaksin untuk virus ini.

Dr. Mike Ryan, pengarah Program Kecemasan Kesihatan WHO, memberitahu BBC bahawa tempoh yang paling cepat untuk menghasilkan vaksin yang boleh digunakan kepada orang ramai adalah sekurang-kurangnya setahun.

iluminasi.com kongsikan 7 syarikat yang sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin SARS-CoV-2.

1. Moderna

moderna

Dos pertama vaksin coronavirus mRNA-1273, yang dibangunkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH) dan pasukan penyelidikan penyakit berjangkit Moderna telah diberikan kepada peserta pertama dalam kajian Fasa 1 mereka pada 16 Mac.

Percubaan vaksin yang dibina melalui kajian SARS dan MERS sebelumnya bertujuan untuk menyediakan data tentang keselamatan dan imunogenisiti vaksin dan diharapkan untuk diserati oleh 45 sukarelawan dewasa yang sihat selama enam minggu.

ujian pertama vaksin novel coronavirus

(Ujian vaksin SARS-CoV-2 pertama)

Syarikat ubat yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts ini menekankan bahawa ia masih dalam peringkat awal tanpa sebarang kemunculan ubat yang diluluskan dari program vaksinnya dan tiada ujian manusia sebelumnya.

Percubaan semasa sedang dijalankan di Institut Penyelidikan Kesihatan Kaiser Permanente Washington di Seattle.

Dr. Anthony Fauci, pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Institut NIH, menyifatkan kajian itu sebagai langkah pertama yang penting ke arah mencari vaksin yang selamat dan berkesan.

2. CanSino Biologics

cansino biologics

Pihak berkuasa di China memberikan persetujuan pada minggu lepas untuk ujian klinikal Fasa 1 mengenai vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh penyelidik di CanSino Biologics yang berpusat di Tianjin dan Akademi Sains Perubatan Tentera.

Menurut para penyelidik, ujian Ad5-nCoV ke atas haiwan menunjukkan bahawa calon vaksin boleh menyebabkan tindak balas imun yang kuat dan menunjukkan profil keselamatan yang baik.

Pra-pemeriksaan untuk kajian pertama terhadap manusia telah pun bermula dan dijangka bakal mendaftarkan 108 peserta yang sihat di Hospital Tongji di Wuhan.

"Dengan komitmen untuk menyediakan sokongan tanpa syarat untuk melawan wabak global ini, CanSinoBIO bertekad untuk melancarkan calon produk vaksin secepat mungkin tanpa kompromi terhadap kualiti dan keselamatan," kata CanSino Xuefeng Yu, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CanSino.

3. MIGAL

migal cuba hasilkan vaksin coronavirus

Terletak di Kiryat Shmona, Israel, Institut Penyelidikan Galilea MIGAL sedang berusaha menyesuaikan vaksin yang pada mulanya dibangunkan untuk mencegah Virus Bronkitis Berjangkit (IBV) dalam daging ayam.

Institut ini yang dibiayai oleh kerajaan Israel ini penemuan saintifik yang akan membawa kepada penciptaan vaksin yang cepat terhadap coronavirus pada akhir Februari, berdasarkan persamaan genetik antara avian coronavirus burung dan novel coronavirus.

Institut ini berkata bahawa ujian vaksin oral terhadap manusia dijangka bermula dalam masa 8 hingga 10 minggu, dan kelulusan keselamatan dijangka dalam masa 90 hari.

"Kami sedang dalam perbincangan intensif dengan rakan kongsi berpotensi yang dapat membantu mempercepatkan fasa percubaan ke atas  manusia dan mempercepat penyiapan pembangunan produk serta aktiviti pengawalseliaan akhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif MIGAL, David Zigdon.

4. INOVIO Pharmaceuticals

inovio pharmaceuticals

Syarikat farmasi berpangkalan di Pennsylvania iaitu INOVIO mengumumkan penerimaan geran baru bernilai $5 juta daripada Yayasan Bill & Melinda Gates pada 12 Mac untuk mempercepat ujian vaksin DNA baru untuk COVID-19, yang dikenali sebagai INO-4800.

INOVIO yang ketika ini dalam kajian praklinikal merancang untuk maju ke dalam ujian klinikal Fasa 1 AS bulan depan, disokong dana mencecah $9 juta dari Coalition for Epidemic Preparedness Innovations.

Syarikat itu berkata ia bertujuan untuk menyampaikan satu juta dos INO-4900 dan peranti intradermal untuk menyuntik vaksin ini, menjelang akhir tahun 2020.

"Pasukan pakar vaksin kami bekerja sepanjang masa untuk memajukan INO-4800 dan kami berharap dapat menarik kerjasama tambahan untuk mempercepatkan perkembangannya bagi memenuhi keperluan kesihatan global yang mendesak ini," kata presiden dan CEO INOVIO Dr. J. Joseph Kim.

5. CureVac

curevac cuba hasilkan vaksin novel coronavirus

Dilaporkan menjadi sasaran cubaan pemerolehan oleh Presiden AS Donald Trump baru-baru ini, syarikat biofarmasi Jerman iaitu CureVac mengumumkan bahawa ia memanfaatkan platform ubat berasaskan mRNA untuk menghasilkan vaksin SARS-CoV-2.

Suruhanjaya Eropah telah menawarkan sehingga €80 juta sokongan kewangan kepada CureVac, yang merancang untuk melancarkan ujian klinikal pada bulan Jun 2020.

Jika terbukti berkesan, berjuta-juta dosis vaksin boleh dihasilkan dengan kos yang rendah di kemudahan pengeluaran sedia ada syarikat itu.

"Gabungan sains mRNA, pemahaman penyakit, formula dan kepakaran pengeluaran menjadikan CureVac sebagai watak utama yang unik untuk memerangi sebarang penyakit berjangkit, tidak kira sama ada bermusim atau pandemik," kata Ketua Pegawai Teknikal CureVac, Mariola Fotin-Mleczek.

6. BioNTech

prof ugur sahin

Syarikat imunoterapi Jerman iaitu BioNTech dan gergasi pharma Amerika Syarikat, Pfizer menandatangani surat setuju terima minggu lalu untuk membina dan mengedarkan vaksin berasaskan mRNA terhadap novel coronavirus.

Perkongsian itu yang pada asalnya dibentuk pada tahun 2018 untuk membangunkan vaksin selesema akan mempercepatkan program vaksin BioNTech terhadap COVID-19 yang dikenali sebagai BNT162.

Ia dijangka memasuki klinik menjelang akhir April 2020.

Syarikat yang berpangkalan di Mainz ini sebelum itu telah mengumumkan kerjasama strategik dan pengkomersialan dengan Fosun Pharma untuk memajukan vaksin mRNA di China.

Fosun Pharma akan membayar BioNTech sehingga $135 juta sebagai potensi pelaburan masa depan serta bayaran tonggak.

"Kami merasakan kewajipan untuk mengeksploitasi kepakaran teknologi dan imunoterapi kami untuk membantu menangani kecemasan pandemik COVID-19," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Prof. Ugur Sahin.

Beliau menambah bahawa syarikat itu juga sedang menjalankan pendekatan novel terapeutik untuk pesakit yang sudah dijangkiti dan butiran mengenainya akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang. 

Rujukan:

1. South China Morning Post

2. Al-Jazeera

3. JP



Hakcipta iluminasi.com (2017)