Apabila menjelang musim perayaan, lebuh raya PLUS (Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad) sememangnya akan mengalami kesesakan jalan raya yang sangat teruk. Lebuh raya ini yang menghubungkan utara dan selatan Malaysia sememangnya menjadi pilihan bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin ke utara atau selatan terutamanya bagi golongan muda yang bekerja di Lembah Klang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam masa beberapa tahun lagi, rakyat Malaysia bakal mempunyai alternatif lain apabila siapnya West Coast Expressway (WCE) atau Lebuh raya Pantai Barat. Projek ini diuruskan oleh syarikat konsasi West Coast Expressway Sdn Bhd dimana 80% sahamnya dimiliki oleh syarikat WCE Holdings Sdn. Bhd.

Alternatif Kepada Highway Plus

projek lebuh raya pesisir pantai barat

WCE adalah projek lebuh raya di persisir pantai barat Malaysia yang akan menghubungkan Selangor hingga ke Perak. Projek lebuh raya sepanjang 233km ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM5.04 billion.

Bagi mereka yang ingin ke utara, WCE boleh dijadikan laluan alternatif terutamanya pada musim perayaan. Sebelum siapnya WCE ini, jalan lama di bahagian pesisir pantai biasanya digunakan sebagai alternatif sesetengah pengguna lebuh raya yang ingin mengelakkan kesesakan di lebuh raya PLUS. Apabila siap, lebuh raya ini semestinya akan menjadi pilihan kebanyakan pengguna lebuh raya yang ingin ke utara.

Bakal Siap 2019

Dibina dalam 11 fasa, mengikut perancangan WCE ini bakal siap sepenuhnya pada tahun 2019. Apabila siap kelak, ianya akan menghubungkan Banting dan tamat di Changkat Jering, Taiping dimana terdapat kira-kira 21 persimpangan keluar yang akan menghubungkan bandar-bandar utama antaranya Klang, Kuala Selangor, Teluk Intan, Setiawan dan Manjung.

projek pembinaan lebuhraya wce 954

Pembinaan WCE yang akan menghubungkan kawasan-kawasan pantai barat semenanjung Malaysia ini semestinya akan memberikan impak yang positif untuk pembangunan kawasan-kawasan di pantai barat.

Menurut Datuk Neoh Soon Hiong, iaitu pengerusi syarikat WCEH, pembinaan WCE bukanlah untuk memberi saingan kepada PLUS sebaliknya merupakan satu keperluan untuk menghubungkan bandar-bandar pesisir barat dan bakal menjadi laluan utama untuk kenderaaan-kenderaan perdagangan daripada Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Klang.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Paultan (Info + Gambar 2)



Hakcipta iluminasi.com (2017)