Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: liverpoolfc.com

Jay Rodriguez menyumbat dua gol semasa West Brom menyingkirkan Liverpool daripada kancah Piala FA menerusi kejayaan 3-2 di Anfield, awal pagi semalam. 

Namun, pertemuan pusingan keempat itu juga menarik minat kerana Video Bantuan Pengadil (VAR) buat julung kalinya digunakan menerusi Piala FA musim ini.

Setelah berada di hadapan dengan 2-1 sejurus 11 minit berlangsungnya perlawanan, West Brom percaya mereka mendapat gol ketiga pada minit ke-19 berasal daripada tandukan Craig Dawson.

Meskipun demikian, setelah dua minit perlawanan ditangguhkan, pengadil, Craig Pawson yang bertanyakan pendapat daripada pegawai VAR, Andre Marriner di London, memutuskan untuk membatalkan jaringan berkenaan berikutan ofsaid terhadap Gareth Barry yang berdiri di hadapan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

 

Empat minit selepas itu, West Brom berasa kurang senang dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool setelah penyerang tuan rumah, Mohamed Salah dikasari oleh Jake Livermore.

Setelah penangguhan selama 3 minit untuk memberi laluan kepada VAR, Pawson memberi penalti kepada tuan rumah tetapi tidak dimanfaatkan oleh Roberto Firmino.

Walaubagaimanapun, kontroversi itu tidak tamat di mana semasa masa kecederaan babak pertama, West Brom mengatakan mereka telah mendapat gol ketiga ekoran daripada cubaan Dawson.

Cubaan Dawson tampak tertampan pertahanan Liverpool, Joel Matip lalu memasuki gawang dan sekali lagi memaksa Pawson menggunakan VAR dan ia ternyata keputusan yang tepat.

Setelah berada di belakang dengan 3-1, Salah berjaya menghasilkan gol sulungnya menerusi kempen Piala FA dan ke-25 dalam 32 penampilan buat The Reds, pada minit ke-75.

Namun, ia tidak berhasil menolong kebangkitan Liverpool kerana West Brom terus bertahan bagi mara ke peringkat 16 terakhir.

Sumber berita: AFP & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)