Oleh pada 09 Jan 2018 kategori

jepun bakal berhadapan masalah kepupusan manusia

Amat membimbangkan bagi negara Jepun ketika ini apabila ia dikatakan berhadapan dengan kepupusan populasi manusia yang dahsyat. Ia dikatakan disebabkan oleh tahap kesuburan yang rendah dan juga kurang berbelanja yang juga membuatkan ekonomi Jepun berkurangan secara perlahan sejak 25 tahun lalu.

Warga emas hidup lebih lama dan membebankan generasi muda mereka dengan kos untuk menjaga mereka, manakala generasi muda pula tidak mampu untuk melahirkan generasi baru untuk menggantikan warga tua yang bakal pergi. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, jurang ini semakin meningkat dan membimbangkan mereka. iluminasi.com ingin berkongsi 8 tanda-tanda Jepun bakal mengalami kepupusan manusia. 

1. Terdapat 68,000 rakyat Jepun berusia lebih 100 tahun

kadar warga emas di jepun sangat tinggi

Untuk memudahkan anda melihat bagaimana penuaan yang berleluasa di Jepun, tahun 2017 menandakan tahun ke-47 berturut-turut negara ini memegang rekod jumlah penduduk berusia 100 tahun ke atas paling ramai di dunia.

Terdapat lebih kurang 65,000 rakyat Jepun berusia lebih 100 tahun pada tahun 2016, daripada jumlah keseluruhan penduduk Jepun iaitu 127 juta. Jumlah itu meningkat kepada 67,824 pada tahun 2017.

Jumlah ini merupakan yang tertinggi di dunia, iaitu 4.8 penduduk daripada 100,000 penduduk, berbanding Amerika Syarikat dengan 2.2 bagi setiap 100,000 penduduk.

2. Tahap kesuburan membimbangkan

Tahun 2016 menandakan tahun ke-117 Jepun mengalami kadar kesuburan yang rendah. Jumlah kelahiran tahunan di Jepun bertambah sebanyak sejuta, sejak tahun 1899 hingga tahun 2016.

Pengiraan jumlah kelahiran bayi pada tahun 2016 oleh pegawai kerajaan melihatkan kemerosotan kelahiran, iaitu sekitar 980,000 kelahiran sahaja. Kebimbangan ini menjadi lebih teruk apabila jumlah kematian dianggarkan sebanyak 1.3 juta.

3. Lampin dewasa lebih laku dari lampin bayi

lampin dewasa lebih laris berbanding lampin bayi di jepun

Petanda ini sangat membimbangkan. Bermula tahun 2011, penjualan lampin dewasa telah mengatasi lampin bayi di Jepun. Trend ini membuktikan bahawa betapa besarnya kumpulan warga tua (65 tahun ke atas) di Jepun. Daripada 127.11 juta penduduk Jepun, 26.7% atau 33.9 juta penduduk adalah warga emas. 

4. Golongan muda buang warga tua

Di Jepun, perkataan lama Jepun iaitu "ubasute" bermaksud "pembuangan warga emas". Dan menurut sumber, ia sedang berlaku semula sejak kebelakangan ini.

Perkara ini menunjukkan tabiat orang muda yang dilihatkan sebagai tidak patut kerana membawa ahli keluarga mereka yang sudah nyanyuk untuk dihantarkan ke hospital dan rumah kebajikan untuk diabaikan, semata-mata kerana tidak lagi mampu menjaga mereka.

Namun, trend ini masih belum betul-betul tersebar meluas, dengan anggaran jumlah kes hanya beberapa ratus setiap tahun.

5. Ramai pekerja mati disebabkan kerja lebih masa

karoshi menjadi perkara biasa di jepun

Di Jepun, istilah "karoshi" bermaksud "mati akibat terlalu banyak bekerja". Laporan pada Oktober 2017 yang menyiasat "karoshi" dan punca kematian akibatnya mendapati bahawa 20% daripada 10,000 orang yang melakukan survey mengakui bekerja overtime sekurang-kurangnya 80 jam sebulan.

Ini menandakan betapa rakyat Jepun terdesak untuk mendapatkan pendapatan lebih. Disebabkan kematian akibat "karoshi" semakin meningkat, kerajaan mengambil pendekatan dengan menggalakkan rakyatnya untuk pulang kerja tepat pada waktu, dan mengambil cuti untuk berehat dan melancong.

6. Anggaran tarikh kepupusan manusia di Jepun

Disebabkan kadar ketidaksuburan yang rendah dan tidak berubah, ia membuatkan negara Jepun berhadapan kebarangkalian kepupusan manusia satu hari nanti. Menurut statistik, dalam jangka masa terdekat iaitu tahun 2100, populasi Jepun akan berkurangan sebanyak 34%.

Mengikut kadar kesuburan terkini, penyelidik Jepun menganggarkan tarikh Jepun bakal mengalami kepupusan manusia adalah pada 12 Ogos tahun 3776.

7. Penjara jadi rumah kebajikan

lambakan warga emas di penjara

Di Jepun, hampir 1 daripada 5 jenayah yang dilakukan oleh warga emas, dan kebanyakannya adalah kesalahan mencuri barangan tidak bernilai tinggi dan mencuri di pasaraya.

Dan disebabkan kadar jenayah dikalangan warga emas semakin meningkat, penjara-penjara di Jepun dilihatkan bertukar menjadi rumah jagaan orang tua. Pengawal-pengawal terpaksa memandikan dan membantu memakai pakaian kepada banduan warga emas.

Pakar-pakar berpendapat keadaan kehidupan di penjara seperti ini terlalu baik, dan menyebabkan kebarangkalian untuk jenayah diulangi mereka adalah tinggi. Ahli keluarga yang lebih muda biasanya akan menjaga banduan setelah dibebaskan, namun disebabkan kos kehidupan yang tinggi, ditambah pula dengan kesepian membuatkan warga tua melihat penjara sebagai alternatif yang lebih baik.

8. Kahwin dengan rakan disebabkan terpaksa

Antara salah satu faktor utama Jepun berhadapan dengan bom masa demografi adalah disebabkan golongan muda terlalu sibuk dan fokus pada kerja. Ia secara tak langsung memaksa mereka untuk kurang bersosial kerana terlalu memikirkan masalah ekonomi peribadi.

Namun, mereka masih ingin berkahwin, dan ia dilakukan dengan berkahwin dengan rakan mereka sendiri. Perkara ini benar-benar berlaku di Jepun kerana desakan hidup yang melampau.

Sumber : Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)