Oleh pada 06 Sep 2017 kategori

Seorang warga emas dari Salta, Argentina mengaku bahawa dia merupakan diktator Jerman terkenal iaitu Adolf Hitler dan telah bersembunyi selama 70 tahun.

Dalam satu temubual dengan akhbar El Patriota, imigran dari Jerman berusia 128 tahun itu menjelaskan yang dia tiba di negara itu pada tahun 1945 dengan pasport atas nama Herman Guntherberg. Dia mendakwa pasport palsu itu dibuat oleh Gestapo semasa penghujung zaman perang dan mengaku bahawa dialah pemimpin Nazi yang sebenar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia bersedia untuk keluar dari persembunyian selepas mendapat tahu ejen perkhidmatan rahsia Israel sudah memberhentikan operasi mencari bekas penjenayah perang Nazi bermula tahun lepas.

herman guntherberg adolf hitler

Menurutnya, dia telah dituduh melakukan terlalu banyak jenayah dan kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Oleh sebab itulah dia menghilangkan diri dan bersembunyi daripada orang Yahudi. Kini, dia bersedia untuk menyiapkan sebuah buku autobiografi untuk memperbetulkan keadaan dan imejnya.

Isteri tidak percaya

Ramai orang termasuk isterinya sendiri, Angela Martinez, tidak mempercayai yang dia adalah Adolf Hitler. Mereka berkata dia hanya mengalami gangguan demensia.

angela martinez isteri adolf hitler

Menurut Angela, suaminya tidak pernah berbicara tentang Hitler sehinggalah kira-kira dua tahun yang lalu apabila dia mula menunjukkan tanda-tanda penyakit Alzheimer. Kadang-kadang dia tidak dapat mengingati siapa Angela. Pada masa yang lain, dia gemar bercakap tentang Yahudi dan syaitan pula sebelum kembali normal.

hitler dikatakan membunuh diri sendiri di berlin pada tahun 1945

Bagi Angela, mungkin suaminya merupakan salah seorang bekas Nazi dan dia merasa amat bersalah dan menyesali segala kisah silamnya. Namun, Angela yakin yang dia bukanlah Hitler.

Hitler dikhabarkan telah membunuh diri sendiri di Berlin pada tahun 1945 dengan menelan pil sianida dan menembak diri sendiri selepas kalah dalam Perang Dunia Ke-2.

Apa pendapat anda? Adakah lelaki ini Adolf Hitler yang sebenar?




Hakcipta iluminasi.com (2017)