Oleh pada 12 Jul 2019 kategori

Keluarga yang besar adalah perkara biasa di Afrika. Menurut World Bank, wanita di Uganda mempunyai purata kelahiran sebanyak 5.6 orang anak dan merupakan kadar kelahiran tertinggi di benua itu.

Bagi seorang wanita Uganda ini, dia mungkin merupakan wanita paling subur di dunia. Wanita Uganda berusia 39 tahun itu bernama Mariam Nabatanzi dan dilaporkan telah melahirkan 44 orang anak pada usia 36 tahun dari seorang suami yang sama. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mariam yang berasal dari kampung Kabimbiri di Uganda ini mempunyai tiga set anak kembar empat, empat set anak kembar tiga, enam set anak kembar dua dan selebihnya adalah kelahiran tunggal.

Mariam berkahwin pada usia seawal 12 tahun dengan seorang lelaki yang berusia 40 tahun pada 1993. Dia yang masih mentah ketika itu terpaksa mencari jalan untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru sebagai seorang isteri. Suaminya itu mengamalkan poligami dan sudahpun mempunyai beberapa orang anak dari perkahwinan sebelumnya.

mariam bersama salah seorang anaknya

Mariam mula melahirkan anak kembar dua setelah setahun berkahwin. Dua tahun kemudian, dia sekali lagi melahirkan anak tetapi kali ini dengan kembar tiga. Tidak begitu lama selepas itu, dia mengandung semula dan melahirkan pula anak kembar empat.

Ketika melahirkan anak untuk kali yang keenam, Mariam sudah mempunyai 18 orang anak. Ketika itu dia merasakan sudah cukup baginya untuk mengandung lagi dan dia pergi untuk mendapatkan nasihat doktor.

Namun, doktor telah memberitahu Mariam bahawa dia mempunyai kadar kesuburan rahim yang tinggi dan proses untuk menghentikan kehamilan mungkin mempunyai risiko yang tinggi terhadap keselamatan dirinya sendiri.

mariam memberi anak anaknya makan

Pada usia 23, Mariam sudahpun mempunyai 25 orang anak. Dia sekali lagi ke hospital untuk menghentikan kehamilan tetapi terus disyorkan untuk meneruskannya seperti biasa kerana kadar kesuburan rahimnya yang tinggi.

Kes Mariam mula menjadi tajuk utama pada tahun 2017 apabila akhbar Uganda memaparkannya sebagai salah seorang wanita yang melahirkan anak paling ramai.

Keupayaan yang dimiliki Mariam untuk mengandung banyak anak kembar adalah disebabkan keadaan genetiknya. Ia berpunca dari variasi genetik yang diwarisi. Ia termasuk kes apabila seorang wanita itu melalui kitaran haid lebih dari sekali secara bersiri atau lebih dari satu ovum dilepaskan sehingga meningkatkan kemungkinan berlakunya lebih dari satu persenyawaan.

rumah daif mariam nabatanzi

Kini, kehidupan Mariam menjadi semakin sukar apabila suaminya telah melarikan diri dan meninggalkannya semua anak-anak mereka kepadanya. Suaminya itu melarikan diri setelah 25 tahun bersamanya apabila berkahwin dengan wanita lain.

Dia dan semua anak-anaknya terpaksa tinggal di empat rumah kecil yang sempit, dibina daripada batu bata dan dikelilingi oleh ladang kopi. Anak-anak yang lebih tua menjaga adik-adik mereka termasuk anak sulungnya, Ivan Kibuka, yang terpaksa berhenti sekolah untuk membantunya.

Ivan yang berusia memberitahu bahawa ibunya bekerja dengan begitu keras. Mereka sebagai anak-anak yang lebih dewasa membantu apa yang termampu seperti memasak dan mencuci, tetapi ibu mereka tetap menanggung beban seluruh keluarga.

mariam nabatanzi 2

Bukan itu sahaja tragedi yang menimpa Mariam. Wanita itu telah melalui detik hitam dalam hidupnya sejak ibunya lari meninggalkan bapanya dengan enam orang anak, tiga hari selepas dia dilahirkan.

Setelah bapanya berkahwin semula, ibu tirinya pula telah meracuni lima adik beradiknya yang lain dengan memasukkan kaca yang dihancurkan dalam makanan. Mereka semua mati kecuali Mariam yang ketika itu tiada di rumah kerana melawat ibu saudaranya.

rumah daif mariam nabatanzi 2

Rumah daif Mariam Nabatanzi

Mariam yang mempunyai ramai anak untuk disara telah melakukan apa sahaja pekerjaan yang mampu dibuatnya. Dia pernah bekerja sebagai pendandan rambut, penghias rumah, pengumpul barangan terbuang, menghasilkan arak tempatan dan juga menjual ubat-ubatan herba.

Hampir semua gaji dan hasil yang diperolehinya dibelanjakan untuk keluarganya yang besar itu seperti makanan, pakaian, perubatan dan yuran sekolah agar anak-anaknya itu mempunyai peluang untuk mengecapi hidup yang lebih baik dari dirinya.

Rujukan :

1. Standard Media

2. Mirror

3. Reuters




Hakcipta iluminasi.com (2017)