jagram bersama anak anaknya

Seorang ayah melakukan perjalanan sejauh 500km daripada tempat tinggalnya Uttar Pradesh ke Nepal, bagi menyelamatkan 3 orang anaknya daripada sindiket penyeludupan manusia yang telah menculik mereka.Jagram, seorang pemilik kedai di daerah Bahraich, penduduk sebuah kampung bernama Turaini Rajab Kudiya terpaksa meninggalkan keluarganya di kampung dan berhijrah ke sebuah daerah bernama Lucknow, berikutan banjir yang menimpa kampungnya. Dia ke Lucknow mencari rezeki buat sementara, sebagai seorang buruh binaan.

Berita kurang enak tiba padanya setelah diberitahu 3 anaknya hilang tanpa dikesan. Hasil maklumat yang diperolehi daripada beberapa orang anggota NGO yang bertugas di Nepal, Jagram mendapat perkhabaran berkenaan sebuah sindiket penculikan yang mengurung kanak-kanak sebagai hamba di Kathmandu.

Jagram mengambil keputusan nekad untuk menyelamatkan anak-anaknya Bagi membiayai perjalanannya, Jagram menggadaikan tanahnya lalu bergerak ke Nepal berseorangan pada bulan Julai 2014.

20 hari mencari, akhirnya Jagram berjaya menemui anak-anaknya yang dirantai bersama-sama dengan 100 orang kanak-kanak lain bekerja di sebuah kilang batu-bata di Kathmandu yang dikawal rapi oleh pasukan yang lengkap bersenjata.

Melihat keadaan anak-anaknya yang dipaksa bekerja dalam suasana teruk, diperhambakan setiap hari daripada jam 3 pagi hingga 5 petang dan diberi makan hanya dua kali sehari, Jagram tahu dia perlu berusaha membebaskan anak-anaknya walau apa pun terjadi.

Jagram mula mencari jalan untuk menyelamatkan anak-anaknya.

perhambaan kanak kanak di pakistan

Dia menyamar sebagai seorang pengemis lalu menyerahkan dirinya sebagai hamba di kilang tersebut dan melakukan kerja-kerja sebagai seorang buruh paksa sementara menantikan waktu yang sesuai untuk bertindak. Bagi melindungi rancangannya, dia meminta ketiga-tiga anaknya untuk tidak mendedahkan identitinya. Semasa menyamar, dia berjaya menemui empat orang lagi kanak-kanak yang dikenali berasal daripada kampung yang sama dengannya.

Jagram dan 7 kanak-kanak itu berjaya melarikan diri pada satu malam dan bersembunyi di sebuah ladang. Mereka berjaya menaiki bas ke daerah Nepalgunj yang bersempadan dengan Uttar Pradesh namun nasib tidak menyebelahi mereka, apabila mereka berjaya ditangkap oleh sindiket.

DItangkap, mereka semua dibawa ke satu tempat terpencil dan kemudiannya dibelasah separuh mati. Melihat anak-anaknya teruk dibelasah, Jagram membenarkan mereka mengambil ketujuh-tujuh kanak-kanak itu dan meminta dirinya dibebaskan supaya dia dapat pulang ke kampungnya.

perhambaan kanak kanak di india

Entah apa yang berlaku, kumpulan pengawal yang menangkap mereka semua membenarkan permintaan Jagram lalu Jagram dibebaskan, sementara anak-anaknya dan 4 anak jirannya dibawa pulang ke kilang tersebut. Jagram mengambil peluang itu untuk ke balai poiis dan membuat laporan berkenaan sindiket perhambaan manusia yang berlaku di situ.

Pihak polis Nepal menyerbu kilang tersebut lalu menangkap pihak yang bertanggungjawab, sementara anak-anaknya dihantar kepada pihak polis Uttar Pradesh - lalu dikembalikan pada keluarga mereka.

Jagram kini kembali berniaga dengan anak-anaknya, Amrit Lal, Nakshed dan Akhilesh meneruskan pengajian pendidikan mereka.

Rujukan

Hindustan Times


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)