Seorang wanita dari Redcar, Yorkshire Utara, United Kingdom telah didenda sebanyak £395 (RM2,220) kerana telah membuang sampah merata-rata.
Foto kredit : GettyDia dijatuhkan hukuman selepas 8 bulan dari tarikh beg kertas takeaway yang dibeli dari McDonald's dijumpai di tepi jalan. Alamat rumah Katie Ritchie, 31, telah dijumpai bersama beg kertas itu pada bulan Mei 2016 namun ia telah mengambil masa yang agak lama untuk dijadikan kes di mahkamah.
Katie bagaimanapun gagal hadir semasa sebutan kesnya pada 4 Januari lalu mengakibatkan dia didenda £220 atas pertuduhan dan juga kos gantirugi untuk membayar Majlis Perbandaran Redcar & Cleveland sebanyak £175.