Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Percubaan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menyertai dunia seni suara menerusi lagu I Am Me ternyata membuahkan hasil.

Bukan sahaja video liriknya menerima tontonan lebih 7.7 juta di laman Youtube, malah lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu turut hangat diperkatakan ramai.

Dalam perkembangan terbaru, Vida memberitahu dia kini dalam proses persiapan untuk penggambaran video muzik rasmi I Am Me.

video muzik rasmi i am me vida bakal jadi wow 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Saya akan menggunakan khidmat Ghaz Abu Bakar yang memang dikenali sebagai pengarah video muzik lagu-lagu popular dan filem. Untuk video muzik I Am Me, akan ada kelainan yang ditampilkan berbanding video muzik lain yang pernah dihasilkan. Idea asal daripada saya sendiri dan Ghaz akan menterjemahkannya dalam bentuk visual. Saya ingin menghasilkan video muzik seperti penyanyi antarabangsa, Katy Perry. Jadi, satu cabaran buat Ghaz untuk merealisasikan idea itu. Bukan sekadar video muzik, akan ada jalan cerita yang diterapkan supaya berjaya menarik minat menonton.

Sumber: Harian Metro

Difahamkan, sesi penggambaran bakal bermula pada 16 September ini.

Malah ini merupakan kali kedua rakaman video muzik tersebut dijalankan. Untuk penggambaran pertama yang dibuat oleh produksi terdahulu, Vida tidak berpuas hati dengan kualiti yang terhasil.

Latar rakaman untuk video kali ini pula akan mempamerkan unsur kemewahan yang menjadi kriteria pilihannya.

Proses penggambaran akan berlangsung selama dua hari di lokasi yang serba mewah, namun dirahsiakan kerana kemewahan adalah salah satu kriteria yang saya mahukan dalam muzik video I Am Me. Sebelum ini, saya sudah merakamkan video muzik untuk lagu ini tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya. Saya mahukan sesuatu yang lebih ‘wow’ dan mampu menjadi inspirasi buat semua yang menonton.
Sumber: Harian Metro

Menggamatkan lagi keadaan adalah kemunculan istimewa anaknya yang dikenali sebagai Cik B.

Menurut Vida, pemilihan Cik B itu turut dipengaruhi oleh faktor populariti yang diraihnya di media sosial.

video muzik rasmi i am me vida bakal jadi wow 3

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Cik B pun semakin ramai pengikut di Instagram dan ada peminat sendiri. Jadi, dia akan berlakon dalam video muzik lagu ini.
Sumber: Harian Metro

Menyentuh mengenai sasaran yang diletakkan terhadap sambutan, Vida mempunyai pandangannya yang tersendiri.

Kalau video muzik antarabangsa seperti Psy dan Katy Perry mencecah jumlah berbilion tontonan, ia terlalu besar untuk saya capai. Pun begitu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jadi, kita sama-sama berdoa agar video muzik baru ini juga akan ditonton ramai orang.
Sumber: Harian Metro 



Hakcipta iluminasi.com (2017)