doktor beritahu saya akan hilang ingatan mungkin gila atau tak kenal sesiapa saleem iklim 1

Kredit foto: beritaharian.sg

"Doktor pernah beritahu saya akan hilang ingatan... Mungkin gila atau tidak kenal sesiapa," kata penyanyi Saleem. 

Beliau mengakui kebimbangannya sebaik sahaja mengetahui tahap kesihatannya mula merosot.

Saleem, 58, yang kehidupannya mula teruji sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bagaimanapun bangkit atas dorongan dan semangat yang disalurkan pihak keluarga.

doktor beritahu saya akan hilang ingatan mungkin gila atau tak kenal sesiapa saleem iklim 2

Kredit foto: Instagram Saleem

"Alhamdulillah... Syukur atas rahmat Allah yang memberi kekuatan dan kesihatan yang beransur pulih. Saya diuji bertalu-talu... Doktor kata saya akan hilang ingatan.

"Namun, saya bersyukur kerana masih tahu nama, nombor telefon dan lagu-lagu. Memang takut tapi kalau tak diduga begitu, kita tak tahu sekuat mana diri kita," katanya kepada portal BH Online.

Saleem berkongsi, dia melihat dugaan itu sebagai satu cara daripada Allah untuk 'menjentiknya' agar tidak terus hanyut dalam arus kehidupan.

doktor beritahu saya akan hilang ingatan mungkin gila atau tak kenal sesiapa saleem iklim 3

Kredit foto: Instagram Saleem

"Tuhan masih bagi peluang untuk saya menjadi insan lebih baik. Syukur keluarga terutama isteri dan peminat sentiasa berdoa serta memberi sokongan padu," katanya.

Penyanyi yang pernah terlantar sakit sewaktu Februari lalu itu, hadir menjayakan Showcase Saleem Raja Balada -Syokkk Ooo, di ibu kota, pada Jumaat.

Difahamkan, sebahagian keuntungan jualan tiket berkenaan bakal didermakan kepada empat rakan artis yang memerlukan, iaitu Datuk M Daud Kilau, Hail Amir, Wan Maimunah dan Bob Lokman

Saleem menghiburkan penonton dengan deretan lagu-lagu popular ketika menganggotai Iklim suatu ketika dahulu termasuk lagu hits Hakikat Sebuah Cinta.

Showcase tersebut bakal diteruskan ke beberapa lokasi lain.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)