Oleh pada 20 Jun 2017 kategori

didakwa tak mengaku anak saleem dedah konflik dengan nurshafiq farhain

Kredit foto: tv14.my 

Sebelum ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kemunculan anak kepada penyanyi lagenda Saleem Iklim iaitu Nursyafiq Farhain.

Nursyafiq mencuri tumpuan ramai apabila video smule nyanyiannya menjadi tular. Vokalnya bukan sahaja hebat, malah mempunyai iras kepada identiti vokal ayahnya.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul cakap-cakap yang mengatakan ayah beliau, Saleem telah mengabaikan dirinya. Lebih teruk lagi apabila Saleem dikatakan tidak mengaku anak kandungnya sendiri.

Menerusi wawancara bersama Utusan Online, penyanyi lagenda itu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat. 

Menurut Saleem, berita tersebut adalah tidak benar. Buktinya dia sendiri telah melunaskan tanggungjawabnya sebagai ayah dengan memberikan pendidikan dan menyediakan rumah kepada bekas isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun apabila ditanya tentang hubungan kekeluargaan beliau, Saleem tidak mampu menyembunyikan perasaaan terkilan terhadap Nursyafiq atas perlakuan lampaunya. Dia meminta Nurshafiq mengimbas kembali peristiwa lalu dan membuat permohonan maaf.

Ini antara kata-kata luahan Saleem. 

Mentang-mentang nak nyanyi, tiba-tiba kau kredit nama aku. Kalau pakai aku kira boleh popularlah? Nak duet dengan aku? Tapi kau tak sedar orang lain kaut keuntungan atas kau. Berdiri atas bakat sendiri. 

Berikut video penuh luahan hati Saleem. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)