Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak & Mstar

Nampaknya penyanyi Siti Sarah betul-betul berang apabila ada pihak yang cuba memfitnah dan menabur pasir ke periuk nasinya.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu tampil bersuara lantang terhadap sebuah artikel yang dimuat naik di laman sosial.

Dalam artikel berkenaan, Sarah kononnya dikatakan menjalani pembedahan potong usus untuk kurus, namun berbohong kepada para peminat dengan mengatakan faktor dia kurus disebabkan produknya sendiri.

potong usus untuk kurus ini jawab siti sarah 2

Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Namun Sarah tidak berdiam sebaliknya menempelak semula individu tidak bertanggungjawab itu. Menerusi kiriman Instagram, Sarah menegaskan dia sememangnya mengamalkan produk sendiri untuk kurus. Siap ada bukti lagi sebab ramai para pelanggan dah merasai kesannya.

SUBAHANALLAH bilalah orang melayu nak berjaya?? Bila produk saya laris di pasaran, macam-macam tohmahan saya dapat. Kali ni saya tak boleh berdiam diri!! Biadap sungguh orang yang fitnah saya. Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu orang? Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya! Dan banyak orang yang berjaya turunkan berat badan dengan @monstalabhq!  
Sumber: Instagram Siti Sarah

Dakwa Sarah, individu berkenaan sebenarnya berniat untuk menjual jenama produk lain, lalu menjadikan Sarah sebagai mangsa untuk dijatuhkan. Sarah yang berang menyatakan rasa kesal dengan sifat sesetengah orang melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri.

Jangan tipu orang. Hanya kerana awak nak jual barang awak! Awak fitnah saya. Kalau tak di sini awak dapat balasan kat sana awak jawab!!! #macammanamelayunakmaju
Sumber: Instagram Siti Sarah

Netizen menerusi ruangan komen turut sama menghentam individu yang tidak senang melihat kejayaaan orang lain. 

potong usus untuk kurus ini jawab siti sarah 3

Kredit foto: Media Hiburan

Nak bekerja dalam bidang perniagaan ni hati haruslah kental, Sarah. Kami harapkan Sarah terus tabah, lagipun dah ramai yang cuba produk Sarah, ternyata terbukti keberkesanannya, kan? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)