Apakah bulu haiwan paling mahal di dunia? Mungkin anda yang menyangka ianya pasti datang daripada haiwan eksotik namun itu tidak benar sama sekali.

Bagi yang tidak tahu, bulu paling mahal di dunia datangnya dari sebuah kawasan pergunungan tinggi Andes di Peru. Bulu ini asalnya daripada sejenis haiwan yang berasal dari keluarga Llama dan Alpaca yang dikenali sebagai Vicuna atau Vicuña dalam bahasa Sepanyol. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Haiwan ini dikenal pasti dengan badan langsing setinggi 1.8 meter dan bulu emas berkilauan. Lapisan bulu nipis dan lembut serta hangat dijual lebih mahal daripada bulu cashmere yang bernilai tinggi.

Bulu Vicuña cukup panas untuk memastikan suhu badannya dikawal dengan selesa terhadap suhu Andes yang sejuk mencucuk pada ketinggian pada 4,000m. Selain itu, bulunya juga cukup lembut dan ringan, menjadikan harganya begitu mahal di pasaran. 

Mengapakah bulu Vicuna begitu mahal?

bulu paling mahal di dunia

Mungkin ada pembaca Iluminasi yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan bulu haiwan ini begitu mahal dan berapakah purata harga untuk bulu haiwan yang cukup unik dan premium ini. 

Sekilo bulu vicuña yang belum diproses berharga antara $400 dan $600. Setelah diproses, benang vicuña berharga $10,690 sekilo. Sweater boleh berharga antara $4,000 dan $9,000 dan selendang antara $3,000 dan $7,000. Kot Vicuña boleh berharga sehingga $31,000.

Selain daripada bulu paling mahal, vicuña juga merupakan salah satu bulu paling jarang ditemui dan paling lembut di muka Bumi ini. Terdapat banyak sebab mengapa vicuña sangat berharga!

Tidak lama dahulu, vicuña sangat jarang ditemui dan berada di ambang kepupusan. Walaupun mereka dilayan sebagai haiwan istimewa di bawah pemerintahan Inca, dekad pemburuan tanpa had di Peru mendorong haiwan ini di ambang kepupusan.

bulu termahal dunia

Kredit: Howard Cheung/Flickr

Pada masa ini, vicuñas berada di bawah perlindungan yang ketat dan mereka dipantau dengan teliti. Program pemuliharaan dan pengembalian semula telah membawa jumlah vicuña di Peru kembali kepada 350,000 ekor.

Kerajaan Peru mempunyai sistem pelabelan khas yang mereka gunakan untuk mengesan (eksport) gentian bulu vicuña untuk mencegah pemburuan haram dan perdagangan haram. Bulu vicuña tumbuh agak perlahan dan oleh itu haiwan itu hanya boleh dicukur setiap tiga tahun sekali.

Setiap ekor hanya mampu menghasilkan 200 hingga 500 gram bulu yang belum diproses. Apabila vicuñas dicukur, mereka perlu ditangkap dari liar terlebih dahulu dan sudah tentu, mereka dilepaskan selepas itu. Dengan kualiti berharganya, hanya empat tan bulu ini dieksport setiap tahun ke Itali, England, Jerman dan Amerika Syarikat.

Sejarah vicuna semasa zaman tamadun Inca

tradisi chaku

Dalam dunia pra-Columbus abad ketiga belas, Vicuñas menikmati penghormatan tinggi dalam empayar Inca dimana haiwan ini dianggap haiwan yang istimewa. Bulu mereka dianggap sebagai lapisan emas, dan hanya dikhaskan untuk golongan diraja.

Proses mencukur bulu haiwan ini adalah proses yang suci dimana kumpulan besar Vicuñas dikumpulkan dan dicukur dalam proses yang dipanggil Chaccu tetapi dilepaskan selepas itu. Tiada siapa pada zaman itu pernah membunuh Vicuña.

Menjelang 1532 walaupun, penakluk Sepanyol telah mengambil alih tanah itu dan melanggar tradisi tamadun Inca untuk keuntungan mereka sendiri. Bulu Vicuña telah diterima sebagai komoditi yang menguntungkan setara dengan sutera pada zaman dahulu.

Perbezaannya ialah di kalangan orang Sepanyol, haiwan ini dengan mudah dibunuh untuk bulunya. Berjuta-juta Vicuña yang berkeliaran bebas telah diburu untuk mendapatkan bulu mereka yang berharga. Hanya beberapa abad kemudian, undang-undang pengharaman pembunuhan haiwan ini diperkenalkan.

Dengan hanya tinggal 6,000 Vicuña pada tahun 1960, kerajaan Peru mengisytiharkan mereka sebagai spesis terancam. Pemburuan haram sekali lagi diharamkan. Rizab Vicuña seluas 40 batu persegi yang dipanggil Pampas Galeras telah diisytiharkan di rantau Ayacucho.

Bulu Vicuna sebagai penjana ekonomi penduduk

bulu vicuna 983

Pada masa kini, bulu haiwan ini sangat berharga dan merupakan bulu paling mahal di dunia. Kerajaan memberi insentif kepada perdagangannya dan dengan ini membantu penduduk tempatan yang miskin boleh mula memperoleh pendapatan daripadanya.

Pada masa sama usaha ini akan memberi alasan kepada penduduk tempatan untuk melindungi jumlah yang semakin berkurangan.

Hari ini, kira-kira 200,000 Vicuñas berkeliaran di rantau ini sekali lagi. Upacara Chaccu diteruskan di masyarakat luar bandar dan tetap terbuka kepada pelancong juga.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)