Oleh pada 15 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Malaysia Gazette 

Jenazah Ustaz Murtadha Mohd Yusof, 31, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him, Sungai Petani. Jenazah meninggal dunia kira- kira pukul 12.30 tengah hari (13 Januari) di Hospital Taiping.

Ustaz Murtadha telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Taiping selama 11 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sebelum itu dalam kejadian 3 Januari lalu Ustaz Murtadha, ayahnya, Ustaz Wadi dan Ustaz Hambali Zulkifli terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 200.9 Lebuh Raya Utara Selatan. Ustaz Murtadha mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala.

Ibunya, Noorshams Mohd Nazir, 60, berkata, sebelum kejadian mereka telah mengadakan kuliah di Riau, Indonesia.

"Sewaktu dalam perjalanan balik ke Sungai Petani, mereka dikatakan turun dari menaiki kapal terbang di KLIA.

"Bagaimanapun, kereta jenis Nissan Grand Livina yang mereka naiki itu sebelum sampai di Sungai Petani dipercayai terbabas semasa tiba di Taiping dan anak saya, Murtadha terus tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalam otak," katanya.

Menurutnya, Ustaz Murtadha yang sering mendapat undangan ceramah di Pahang, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu itu merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Deris Sungai Layar.

Murtadha telah meninggalkan seorang isteri, Nurul Ana Shafie, 30, dan dua anak lelaki, Abdul Rahman Faqeh, 4, dan Abdul Rahman Naufal, 2.

Beliau juga dalam perancangan membina Masjid Darul Murtadha di kampung Teluk, Sungai Layar.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)