Oleh pada 22 Jan 2018 kategori

Sumber foto: ESL One

ESL One Genting 2018 berkerjasama dengan Resorts World Genting mengadakan pertandingan Dota 2 yang menyaksikan lebih 20 pasukan seluruh dunia bertarung untuk memenangi ganjaran berupa wang tunai bernilai RM3.9 juta.

Menurut Kevin Tann selaku Naib Presiden Resorts World Genting, beliau memberi target kehadiran sejumlah 200,000 pengunjung di acara yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Januari 2018 itu, berikutan sambutan hangat yang diterima pada tahun lepas.

Beliau berkata bahawa kolaborasi dengan Resorts World Genting untuk kali kedua ini mampu menyokong kemajuan sukan elektronik di Malaysia. Kesemua pihak yang terlibat amat tekun, berdedikasi dan produktif bagi mengadakan acara berprestij tersebut.

Tambahnya, e-sukan merupakan sebuah industri yang luas dan berkembang pesat di peringkat antarabangsa. Oleh itu, ia dapat berfungsi bagi menambah kualiti pasaran tempatan serta serantau.

Antara pasukan yang telah mengesahkan penglibatan mereka adalah Complexity Gaming, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, Natus Vincere dan TNC Pro Team.

Kevin Tann ditemui di sidang akhbar ESL One Genting 2018 bertempat di Grand Hotel Resorts yang diadakan Sabtu lepas.

 

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)