Kredit foto: mynewshub.cc

Penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Silvia Nanda mendedahkan dia pernah melalui detik hitam dalam kehidupan lalunya.

Katanya, dia ditinggalkan suami kerana perkahwinan yang tidak mendapat restu daripada keluarga mentua.

“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tiada keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.

“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,” katanya yang menangis selama tiga hari mengenangkan 'insiden' itu. 

Upiak berkata, kerana lagu Tak Tun Tuang juga, dia dianggap perempuan tidak siuman oleh keluarga mentua.

Perkara itu bagaimanapun telah menguatkan azam beliau untuk membuktikan dirinya mampu bergelar seorang penyanyi berjaya suatu hari nanti.

upiak diceraikan suami gara gara lagu tak tun tuang 2

Kredit foto: BH Online

Sementara itu, Upiak berkata, dia turut mempunyai perancangan untuk terus menetap di Malaysia.

Namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat tindakan itu.

“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini.

“Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)