Oleh pada 21 Apr 2017 kategori

Berhubung kes penahanan pelakon Benjy di Medan, Indonesia selepas didapati menyorokkan dadah jenis Syabu di dalam duburnya, bapa kepada pelakon itu, Khairil Anwar ZM Rashidi memberitahu dia tidak merancang untuk ke sana kerana masalah kesihatan.

Menurutnya lagi, dia hanya mengetahui berita mengenai anaknya itu setelah dihubungi pihak media dan tiada apa-apa untuk dijelaskan.

Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana? Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media. Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia setelah didapati membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram yang dikatakan dibawa dari Kuala Lumpur.

untuk apa saya ke sana bapa benjy tidak merancang ke indonesia 11f26

Sumber: BH Online & Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)