Oleh pada 16 Jul 2021 kategori

Kredit: Instagram @inessukamakan

Adik kepada pelakon Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty meluahkan rasa kesalnya terhadap aktres, Norish Karman yang dikatakan melemparkan tohmahan berhubung pemergian abangnya itu baru-baru ini.

Menerusi sebuah tangkap layar, pelakon drama Spa Q itu dilihat menghantar sebuah mesej terus (direct message) melalui Instagram dengan menyifatkan beliau dan kakaknya, Elza Irdalynna sebagai mementingkan diri dan jahat.

Mesej tersebut menyebut bahawa Allahyarham Benjy perlu meminta bantuan pihak lain untuk membayar kos perubatan yang antaranya berjumlah RM500.

Selain itu, pakaian Allahyarham juga didakwa tidak bertukar selama 2 tahun. 

norishkarmanss

Kredit: Instagram @inessukamakan

Meskipun tidak dapat mengesahkan sama ada Norish merupakan pemilik sebenar akaun tersebut, anak kepada seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty itu tetap meluahkan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa Elza terpaksa bekerja keras untuk memberikan wang kepada Allahyarham setiap bulan.

Tambahnya, kakaknya itu juga pernah mengambil 7 jenis pekerjaan sekaligus sehingga diarah oleh doktor supaya berhenti kerja.

Malah, Elza pernah mahu membunuh diri kerana berdepan tekanan untuk menjaga Allahyarham Benjy. 

Inessa turut memberitahu bahawa beliau terpaksa beberapa kali membatalkan perkahwinan kerana perlu membantu ibubapa dan abangnya selama 9 tahun.

Ketika Allahyarham Benjy masih berada di Malaysia, beliau bersama suaminya menolong untuk menyembuhkan Allahyarham sehingga boleh kembali hidup secara normal. 

Tegasnya lagi, beliau dan arwah abangnya itu pernah saling memohon maaf antara satu sama lain atas kekurangan diri masing-masing.

Netizen rata-rata mengecam tindakan Norish.

norishkarman2edited

"Adakah beliau sedar yang beliau sudah mengambil alih kerja Allah? Menilai ahli keluarga Allahyarham tanpa mengetahui apa yang mereka pernah lakukan di luar pengetahuan orang ramai?," ujar seorang netizen.

norishkarman1edited

"Jika tiada perkara baik untuk diperkatakan, berdiam diri sahaja," tambah seorang lagi netizen.

Sumber: Instagram Inessa Irdayanty




Hakcipta iluminasi.com (2017)