ummi nazeera bakal nikahi doktor

Kredit foto: Media Hiburan

Pelakon Ummi Nazeera dikhabarkan bakal berkahwin dengan tunangnya, Dr Izzar pada bulan Ogos ini.

Khabar gembira tersebut diberitahu sendiri oleh Ummi menerusi akaun Instagramnya.

Menurutnya lagi, tarikh sebenar majlis akad nikah dan resepsi perkahwinannya akan diumumkan pada Jumaat ini.

Tambahan pula, Ummi turut akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-27 pada 20 Ogos depan.

ummi nazeera bakal nikahi doktor 1

Sumber: Instagram @umminazeera

Diharapkan segala persiapan perkahwinan itu nanti akan berjalan dengan lancar dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: beautifulnara.com


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)