Tahniah buat aktres Ummi Nazeera yang akhirnya telah sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup - dihadiri kira-kira 20 orang tetamu.

Ummi dalam kenyataan di Instagram memaklumkan telahpun bernikah pada 23 Julai lalu meskipun pada awalnya dijadualkan pada 3 Ogos di sebuah hotel di Putrajaya. Namun atas permintaan keluarga, tarikh majlis terpaksa dipercepatkan. 

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 2

Assalamualaikum. Selamat pagi. Apapun, pertama sekali Ummi nak minta maaf pada rakan media. Ummi tak sempat nak kongsi gambar hari pernikahan Ummi yang sebenarnya diadakan pada 23 Julai 2017 yang lepas. Jadi hari ini, Ummi kongsi dengan anda semua termasuklah peminat Ummi yang dikasihi. Maaf tak beritahu awal. Ini adalah kerana melibatkan hal peribadi keluarga. Alhamdulillah dah jadi isteri orang.

Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki. Manakala jumlah mas kahwin pula dirahsiakan.

Difahamkan majlis resepsi bakal berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini, dan diikuti dengan sebuah lagi majlis di Persiaran KLCC pada 12 Ogos depan.

Berikut kami sertakan beberapa keping foto menarik sepanjang majlis berlangsung. 

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 3

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 4

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 5

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 6

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 7

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 8

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 9

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 10

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 11

foto foto majlis pernikahan ummi nazeera 12

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera




Hakcipta iluminasi.com (2017)