tragedi lemas di kuala sanggal mayat akhirnya ditemui

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Dua lemas serta seorang lagi hilang selepas semua mangsa keluar menangkap ikan di perairan Kuala Sangga sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Taiping Asisten Komisioner Mohammad Taib berkata, pihaknya mendapat laporan oleh isteri salah seorang mangsa tentang kehilangan mereka bertiga pagi semalam.

Insiden dipercayai terjadi pada 19 Jun lepas sewaktu kesemua mangsa tidak balik ke rumah selepas keluar dengan menaiki bot fiber.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di tempat insiden sebaik mendapat maklumat.

Dua mayat mangsa berumur 49 dan 16 tahun berjaya ditemui oleh penduduk awal pagi semalam.

Sementara itu, mayat mangsa terakhir berjaya ditemui sekitar pukul 11.45 pagi semalam.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping bagi tujuan proses bedah siasat.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)