Budaya serta tradisi masyarakat India merupakan di antara salah satu budaya yang tertua di dunia. Majoriti penduduk di India menganuti agama Hindu dan ianya merupakan antara agama tertua dunia yang masih wujud. Seperti kebanyakan agama, Hindu juga mempunyai beberapa upacara dan kepercayaan.

Sesetengah daripada upacara ini telah wujud selama ribuan tahun lamanya. Ada beberapa upacara Hindu ini yang kelihatan pelik dan sukar dipercayai. Berikut adalah senarai beberapa upacara dan kepercayaan agama Hindu yang jarang kita dengar.

8. Korban haiwan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penyembelihan haiwan seperti kambing, kerbau dan ayam telah menjadi sebahagian perayaan penting untuk menghormati tuhan Hindu. Upacara ini telah berusia hampir 2000 tahun lamanya. Namun, banyak mahkamah di India percaya bahawa perbuatan ini adalah tidak bertamadun, kejam dan tidak sepatutnya berlaku di tempat keagamaan. Ini mungkin kerana cara mereka melakukan korban haiwan tersebut. 

Menurut kepercayaan penganut Hindu, tumpahan darah haiwan itu adalah perlu bagi menghalau roh-roh jahat agar kebajikan rakyat dan tempat tinggal mereka akan terjamin. Amalan ini juga disebut dalam penulisan Hindu yang tertua iaitu Rig Veda sebagai salah satu sesembahan kepada Dewi Durga atau Kali. Dipercayai bahawa binatang yang disembelih itu akan masuk ke dalam syurga.

7. Mencampak bayi

upacara melempar bayi 760

Upacara yang diadakan setiap tahun ini sudahpun berlangsung 700 tahun lamanya. Di Baba Umer Dargah, Solapur, India, bayi dilambung atau dicampak 15 meter hingga 30 meter tinggi dan disambut menggunakan kain atau cadar yang dipegang oleh orang ramai. Ia dianggap akan memberikan kesihatan dan tuah yang baik kepada bayi itu. Malah, amalan ini juga dilakukan oleh sesetengah minoriti Muslim di sana.

Di negeri Maharastra, upacara yang sama diadakan di menara sebuah kuil di sebuah kampung yang dikenali sebagai Haranga. Bayi yang ketakutan ketika dicampak selalunya akan menjerit atau menangis. Di sebalik trauma yang dialami bayi itu, para peserta yang terlibat menegaskan ia dilakukan atas tuntutan agama. Walaupun mendapat tentangan Suruhanjaya Perlindungan Hak Kanak-kanak, amalan itu masih lagi diteruskan.

6. Nag Panchami – Perayaan ular

ritual nag panchami

Ritual ini bermula sejak dari zaman Mahabarata iaitu kisah epik India lagi. Telah menjadi satu tradisi untuk menyembah ular dengan menggunakan susu, manisan, bunga dan juga pelita. Ular sering dikaitkan dengan tuhan Hindu seperti Shive, Wisnu, Devi dan Subramanya.

Ular sering dilihat sebagai peneman dan senjata tuhan-tuhan Hindu tersebut. Upacara ini dilakukan untuk menangkis sumpahan daripada "Nag" (Ular), terhindar daripada gigitan ular, memperolehi nasib dan kesihatan yang baik.

5. Perayaan Banni

ritual banni hindu

Di negeri Andhra Pradesh di India, terdapat satu tempat ibadat yang dikenali sebagai Kuil Devaragatta di daerah Kurnool di mana para penganut akan datang berduyun-duyun dengan membawa tongkat atau kayu panjang. Mereka akan menggunakan kayu itu untuk memukul antara satu sama lain di kepala bertujuan untuk membunuh atau dibunuh.

Pada setiap malam Dussehra, ritual ini akan dilakukan bagi memperingati Lord Shiva yang telah berjaya membunuh syaitan. Ritual ini dikatakan telah berlangsung selama 100 tahun. Konsep upacara ini mungkin rumit namun para peserta Perayaan Bani ini tidak pernah takut mati. Pihak polis dan kakitangan perubatan akan ditempatkan bagi memantau keadaan ketika upacara berlangsung.

4. Berjalan atas bara api

upacara berjalan atas bara api

Berjalan tanpa sebarang alas kaki melintasi hamparan bara api yang menyala biasanya dilakukan di India Selatan untuk memberi penghormatan kepada Dewi Hindu Draupati Amman. Peserta yang terlibat biasanya mengalami luka terbakar di bahagian tapak kaki dan kadang kala membawa kepada kecederaan yang serius.

Bukti terawal upacara yang juga digelar Theemithi ini dilakukan adalah pada tahun 1200 SM lagi semasa Zaman Besi di India. Ia merupakan ujian keimanan seseorang itu terhadap agama Hindu dan jika dia seorang penyembah sejati Dewi Draupadi, maka dia tidak akan mengalami sebarang kecederaan semasa melakukan ritual ini.

3. Perkahwinan Haiwan

perkahwinan haiwan hindu

Di beberapa tempat tertentu kawasan perkampungan di India, terdapat satu kepercayan aneh di mana penganut akan berkahwin dengan haiwan sebagai sesembahan kepada Tuhan Hujan untuk menurunkan hujan. Biasanya mereka akan berkahwin dengan katak, keldai, anjing atau kambing.

Perkahwinan haiwan ini biasanya diadakan secara besar-besaran dan disusuli dengan jamuan makan. Gadis yang berkahwin dengan haiwan juga dikatakan terhindar daripada diganggu semangat jahat. Biasanya, berita mengenai perkahwinan haiwan ini akan dimuatkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

2. Cannibalisma sami Aghori

sami aghori

Aghori adalah satu kumpulan aneh Sandhus atau sami. Aghoris adalah penyembah Lord Shiva atau Bhairava yang mencari moksha (kebebasan) daripada kitaran kelahiran semula. Kumpulan sami ini biasanya tinggal di tepi Sungai Gangga di Bandar Varanasi, India.

Mereka mempunyai tabiat makan yang pelik. Mereka biasanya akan memakan makanan busuk, daging mayat manusia yang dibakar (amalan biasa Hindu untuk membakar mayat di sekitar Sungai Gangga), meminum air kencing haiwan dan pelbagai lagi. Beberapa lagi ritual pelik yang akan dilakukan sami Aghori ini bagi mengelakkan daripada dilahirkan semula setelah mati.

1. Sati – Korban diri

ritual sati

Masyarakat purba di India menerima adat pelik ini dimana wanita yang baru kematian suaminya akan mengorbankan diri untuk dibakar bersama-sama mayat suaminya. Amalan ini dikesan sejak dari abad pertama lagi.

Dalam sesetengah etnik, para janda yang bersetuju melakukannya akan diberi penghormatan dan sekiranya menolak, dia akan dipinggirkan masyarakat. Teori di sebalik amalan "Sati" ini adalah untuk mengelakkan isteri dari meracun suami mereka yang kaya bagi mendapatkan hartanya. Namun, ritual ini semakin mendapat kecaman banyak pihak di India kerana ianya telah banyak dilakukan secara paksaan bukan lagi sukarela.




Hakcipta iluminasi.com (2017)