Gelengan, anggukan dan goyangan kepala yang pelik oleh orang India adalah sumber kekeliruan dan kehairanan dalam kalangan orang asing terutamanya mereka yang pertama kali berhadapan dengannya.

Ia kelihatan seperti gabungan antara anggukan dan gelengan, tetapi adakah ia membawa maksud "ya"? Atau ia bermaksud "tidak"? Mungkin juga ia memberikan makna "mungkin"?.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kekeliruan ini menjadi lebih parah apabila goyangan kepala ini tidak diikuti dengan sebarang suara. Tanpa ucapan untuk memberikan sebarang klu mengenai mesej yang sepatutnya disampaikan, amat mudah untuk anda berasa begitu bingung.

lenggok goyang kepala india

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mengetahui maksud goyangan kepala ini dan pelbagai kegunaannya, apa yang menghairankan adalah betapa berjangkitnya isyarat ini.

Sesiapa yang menghabiskan banyak masa di India mungkin tidak menyedari mereka telah terjangkit dengan goyangan kepala ini.

Malah orang India sendiri yang tidak biasa menggoyangkan kepala mereka akan melakukannya secara automatik sebagai tindak balas kepada goyangan kepala orang lain.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan goyangan kepala misteri dan lucu ini?

Cara goyangan kepala India digunakan

goyangan kepala india ya atau tidak

Pada dasarnya, goyangan kepala adalah isyarat bukan lisan yang bersamaan dengan perkataan pelbagai guna Hindi iaitu "achha".

Ia boleh bererti apa-apa sahaja daripada "baik" hinggalah kepada "saya faham".

Penggunaan goyangan kepala ini yang paling umum adalah untuk bertindak balas dalam mengiakan. Contohnya, jika anda bertanya kepada seseorang jika kereta api ini akan menuju ke destinasi anda dan kepala digoyangkan, ia bermaksud "ya".

goyang kepala india

Goyangan kepala ini juga sering diguna sebagai tanda bahawa apa yang dikatakan telah difahami.

Sebagai contoh, jika anda memberitahu seseorang anda akan bertemu dengannya di tempat tertentu pada jam 5 dan dia menggoyangkan kepalanya pada anda, itu bermakna ia baik-baik saja dan mereka akan jumpa anda di sana.

Situasi lain di mana anda berkemungkinan berhadapan dengan goyangan kepala ini termasuklah:

  1. Sebagai alternatif kepada "terima kasih", yang tidak biasa disebut di India.
  2. Untuk mengakui kehadiran seseorang. Ini berguna terutamanya jika anda melihat seseorang yang anda kenali di seberang jalan tetapi tidak boleh menjerit untuk menyapa mereka.
  3. Sebagai isyarat kebaikan atau kebajikan, misalnya, jika seseorang duduk di sebelah anda di kereta api.

Goyangan kepala berbeza bagi kawasan berlainan

goyangan kepala india mengelirukan

Sama seperti bagaimana pelbagai wilayah di India mempunyai adat dan bahasa yang berlainan, cara di mana kepala digoyangkan juga berbeza-beza mengikut tempat.

Anda akan mendapati bahawa semakin anda ke selatan India, semakin banyak goyangan kepala akan kelihatan.

Orang-orang dari negeri-negeri seperti Kerala adalah penggoyang kepala yang begitu bersemangat, manakala mereka di kawasan pergunungan di utara India, isyarat ini agak tidak lazim dan jarang digunakan.

hritik roshan goyang kepala

Namun, goyangan kepala adalah satu gerakan sejagat yang menyatukan semua orang India. Halangan budaya dan bahasa secara ajaib dibubarkan dengan goyangan kepala ini.

Ia bukti kepada "tindakan lebih kuat berbanding dengan perkataan".

Tips untuk memahami goyangan kepala orang India

Dan untuk memahami dengan lancar akan goyangan kepala orang India, anda perlu memahami dan mengingati teknik-teknik dibawah.

  1. Goyangan kepala yang laju dan berterusan bermaksud bahawa orang itu benar-benar memahami. Semakin bertenaga goyangannya, semakin faham individu tersebut.
  2. Goyangan pantas dari sisi ke sisi bermakna "ya" atau "baik".
  3. Goyangan lembut yang perlahan, kadang-kala disertai dengan senyuman, adalah tanda persahabatan dan rasa hormat.

awek india goyang kepala

Rujukan:

1. Trip Savvy




Hakcipta iluminasi.com (2017)