Pada 6 April 2018, Klinik Kesihatan Mantin telah mengeluarkan kenyataan bahawa berlakunya serangan sejenis rama-rama beracun iaitu Toxoproctis hemibathes di Mukim Mantin dan Pantai.

Spesies ini merupakan rekod baru bagi Malaysia yang mana populasinya pernah meledak di Johor pada Ogos 2007. Ia hanya dilaporkan hadir di Sumatera sebelum ini tanpa melibatkan ledakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

toxoproctis hemibathes spesis rama rama yang boleh membawa maut 5

toxoproctis hemibathes spesis rama rama yang boleh membawa maut 4

Menurut Klinik Kesihatan Mantin, sekiranya tersentuh rama-rama ini, kegatalan seluruh badan akan berlaku dan mampu menyebabkan kematian. Dikatakan cahaya lampu menarik serangga ini dan mengganggu manusia apabila memasuki rumah dan hinggap pada dinding, terutamanya di waktu malam. 

Golongan yang mudah terangsang 

Mereka yang paling mudah menerima ransangan adalah peringkat umur kanak-kanak dan remaja  kerana sifat kulit dan daya ketahanan badan mereka relatif masih lemah berbanding kulit orang dewasa.

Ini disebabkan sistem kapilari darah dan saraf yang masih belum teratur dan dalam peringkat perkembangan, oleh itu lebih mudah bertindakbalas kepada bahan kimia dan rangsangan luar, seperti reaksi alahan terhadap serangga dan sumber lain.

Jumlah rama-rama yang terlalu banyak itu mengeluarkan debu-debu sayap yang boleh mencetuskan reaksi alahan.

Gejala dan simptom alahan

simptom dan tanda tanda alahan

Menurut kes ledakan populasi rama-rama ini di Johor pada tahun 2007, simptom yang paling tinggi dilaporkan ialah kulit gatal dan menjadi merah (99.4%), diikuti simptom kulit bengkak (90.1%), manakala peratus simptom yang terendah ialah kedua-dua mata sakit pada masa yang sama (1.2%) dan masalah pernafasan hanya 1.2%.

Simptom bagi dermatitis atau gatal kulit ialah kulit menjadi merah seakan ruam yang berbiji kecil, bengkak, ada cecair di dalamnya, kulit menjadi lembap dan akan berkeropeng (bekas luka). Kebanyakan responden menunjukkan simptom ini lebih daripada simptom yang lain.

Ini disebabkan sentuhan secara fizikal dengan rama-rama dewasa Toxoproctis hemibathes mencetuskan reaksi gatal kulit akibat rangsangan bulu-bulu setae yang terdapat pada sayap dan abdomen rama-rama itu.

toxoproctis hemibathes spesis rama rama yang boleh membawa maut

Simptom bagi konjuntivitis pula ialah seperti mata menjadi pedih dan kemerahan, kelopak mata sakit dan kedua-dua mata sakit pada masa yang sama dan jika tahap yang teruk akan mengeluarkan lelehan pekat. Hanya sebilangan kecil yang mengalami simptom-simptom ini, mungkin kerana tidak berlaku sentuhan fizikal dengan rama-rama tersebut di bahagian mata responden.

Konjuntivitis yang disebabkan oleh alahan boleh mengambil masa yang lama untuk sembuh bergantung pada pendedahan yang diterima. Ini mungkin disebabkan bahagian mata lebih sensitif dan faktor kerap menggosok mata melambatkan lagi proses penyembuhan.

Masalah pernafasan juga dialami iaitu seperti sukar bernafas serta sakit dada. Ia terjadi akibat sistem imun badan yang terganggu dan responden berkenaan pula memang mempunyai sejarah penyakit asma. Oleh itu, tahap sensitiviti mereka lebih tinggi berbanding individu yang bukan penghidap asma.

Kesan alahan

kesan alahan

Sebanyak 92.5% mengatakan tidur mereka terganggu akibat alahan yang dialami, manakala 7.5% tidak terganggu tidurnya. Tidur mereka terganggu kerana keadaan badan yang tidak selesa seperti gatal-gatal pada kulit dan mata yang menyebabkan mereka asyik menggaru-garu.

Simptom gatal pada kulit boleh menyebabkan penghidap kerap terjaga pada waktu malam dan tidak lena tidur. Apabila tidak cukup tidur pada waktu malam, maka tumpuan mereka untuk bekerja dan bersekolah pada keesokkan harinya juga turut terjejas.

Alahan ini menyebabkan selera makan terencat, walau bagaimanapun, ia hanya melibatkan rasa tidak selesa secara fizikal sahaja. Penghidap alahan tidak mempunyai masalah untuk makan dan minum kerana tidak melibatkan masalah dalaman seperti sistem pencernaan yang terjejas. Namun demikian, setiap reaksi responden adalah berbeza-beza.

rama rama toxoproctis hemibathes di malaysia 112

Mereka yang terganggu seleranya menyatakan mereka kurang berminat untuk makan dan minum kerana badan merasa amat tidak selesa.

Terdapat 7.5% daripada mereka yang mengatakan bahawa penyakit lain timbul daripada alahan dan bergantung pada ketahanan mereka dalam melawan alahan yang dihadapi. Tahap alahan sederhana dan teruk juga menjadi faktor kepada kemunculan penyakit lain seperti demam dan gatal-gatal hidung (Rhinitis).

Hal ini boleh berlaku ekoran kegatalan mata. Faktor tidak cukup tidur, kurang selera makan yang menyebabkan badan merasa tidak sihat, seterusnya boleh mengakibatkan lemah badan dan mudah jatuh sakit.

Rujukan:

1. Researchgate

2. Journal Article

3. Moths of Borneo




Hakcipta iluminasi.com (2017)