Oleh pada 15 Feb 2024 kategori

Kedah adalah salah satu negeri di Malaysia yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja memiliki sejarah yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah yang berusia berabad-abad. Kedah juga kaya dengan pelbagai jenis pilihan makanan tempatan dan juga makanan dari barat serta timur tengah.

Anda lapar nak makan Nasi Arab tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, kami Iluminasi bawakan kepada anda Top 5 Tempat Makan Nasi Arab Best di Kedah.

1. RESTORAN SOFWAH ARABIC GRILL – MAKANAN ARAB

Antara menu yang dihidangkan di Restoran Sofwah Arabic Grill

restoran sofwah nasi arab arabic grill 2

Antara menu yang dihidangkan di Restoran Sofwah Arabic Grill

Anda inginkan makanan Arab yang sedap, berbaloi serta dapat kepuasan? Restoran Sofwah Arabic Grill adalah tempatnya. Kalau korang nak tahu, Restoran Sofwah Arabic Grill adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan makanan Arab di Kedah. 

Rata-rata pelanggan yang pernah kunjungi disini memberikan ‘feedback’ yang positif terhadap hidangannya. Antara hidangan yang anda boleh dapatkan seperti Mendy Ayam, Mendy Kambing dan banyak lagi. Anda pasti akan sukakannya kerana keunikkan rasa Nasi Arab Mendy yang hanya ada di Sofwah sahaja. 

Apa yang menarik lagi adalah harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dengan portion yang dihidangkan. Restoran ini amatlah sesuai untuk anda bawa seisi keluarga dan rakan—rakan makan bersama. Rugi tau kalau anda tak cuba, tambah-tambah lagi sekarang Sofwah Arabic Grill tengah ada DISKAUN. Memang terbaik! Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

restoran sofwah nasi arab arabic grill 3

Lokasi Restoran Sofwah Arabic Grill

Lokasi Restoran Sofwah Arabic Grill ini di No. 18, Pusat Perniagaan Perdana, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-5407 3076.

FACEBOOK PAGE: Restoran Sofwah Arabic Grill

2. NASI ARAB PUJI – MAKANAN ARAB

nasi arab puji alor setar

Anda dekat Alor Setar tapi tak tahu nak makan Nasi Arab dekat mana? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Nasi Arab Puji. Nasi Arab Puji adalah salah satu restoran yang cukup popular di Alor Setar ini, terutama ketika memilih makanan di baazar Ramadan.

Kebanyakkan pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan hidangan disini. Dikatakan hampir kesemua menu disini sangatlah lazat. Antara menu yang anda boleh dapatkan ialah Nasi Arab Mandy Chicken, Chicken Mendy, Mendy Ayam Kambing Dulang dan banyak lagi.

Apa yang menarik disini, hiasan dalamannya sangatlah cantik dan sedap mata memandang. Jadi sambil anda menjamu selera, bolehlah menikmati suasana disini.

Lokasi restoran ini di NO 15, Jalan Kompleks Perniagaan Jelatek, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-471 1162.

FACEBOOK PAGE: Nasi Arab Puji Official

3. AL AZZIM NASI ARAB – MAKANAN ARAB

nasi arab al azzim

Dah lama craving masakan Arab? Anda boleh ke Al Azzim Nasi Arab ini. Al Azzim Nasi Arab adalah salah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Arab di Sungai Petani ini. 

Kalau anda nak tahu, dekat sini terdapat pelbagai jenis masakan Arab yang anda boleh dapatkan. Antaranya seperti Chicken Mandy Rice, Mandy Chicken and Lamb dan banyak lagi. Anda pasti akan puas hati punyalah. 

Bagi yang inginkan masakan Arab dengan harga yang mampu milik dan juga sedap, anda bolehlah kesini. Memang berbaloi lah orang kata. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Al Azzim Nasi Arab ini di 245, Jalan Legenda 9, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka Rabu hingga Isnin pada 11 pagi hingga 11 malam dan Selasa pada 9 pagi hingga 5 petang. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-471 3630.

FACEBOOK PAGE: Al-Azzim Nasi Arab

INSTAGRAM PAGE: IG NasiArabAlAzzim

4. MAD NASI ARAB – MAKANAN ARAB 

nasi arab mad

Anda dah terlalu lapar masakan Arab? Anda boleh ke Mad Nasi Arab ini. Kalau anda nak tahu, Mad Nasi Arab adalah sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai menu masakan Arab.

Antara menu yang boleh anda cuba ialah Chicken Mendy Half, Quarter Chicken, Half Chicken, Beef Pepperoni dan banyak lagi. Bagi yang inginkan makan dengan suasana yang santai bolehlah singgah disini. Harga yang ditawarkan pun sangatlah berbaloi.

Lokasi restoran ini di No 17, Bandar Perusahaan Tandop Baharu, Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah dan dibuka Khamis hingga Ahad pada 11 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-767 3343.

FACEBOOK PAGE: FB Mad Nasi Arab

INSTAGRAM PAGE: IG Mad Nasi Arab

5. NASI ARAB ELHUMAIRA – MAKANAN ARAB

nasi arab elhumaira

Kalau anda ada di Baling, anda kena singgah di Nasi Arab Elhumaira. Nasi Arab Elhumaira adalah salah satu restoran yang popular dalam kalangan penduduk di Baling. 

Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang boleh dapatkan seperti Nasi Mendy Ayam Biasa, Nasi Arab Kambing, Nasi Mandy Max, Shawarma Plate dan banyak lagi. Anda pasti akan suka punya kerana harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi dengan portion yang ditawarkan. Anda tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di No. 2, Jalan Bestari 1 Taman Bestari Kuala Ketil, 09300 Baling, Kedah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-592 5945.

FACEBOOK PAGE: Nasi Arab Elhumaira Kuala Ketil 

Jika anda ingin mengetahui banyak lagi tempat makan di seluruh Malaysia, boleh layari laman web DISINI.




Hakcipta iluminasi.com (2017)