Jika ditanyakan kepada anda, apakah eksport nombor satu negara kita, sudah tentu ramai yang akan menjawab petroleum. Ini disebabkan Malaysia sangat sinonim dengan sumber asli ini dan Petronas adalah sebuah syarikat yang sangat terkenal.

Namun, petroleum bukanlah produk eksport nombor satu Malaysia. Pada tahun 2017, Malaysia telah mengeskport produk yang bernilai RM935.39 bilion ke seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nilai ini melihatkan penurunan sebanyak 4.6% sejak tahun 2013 namun menunjukkan peningkatan sebanyak 15.9% dari tahun 2016 yang hanya mencapai jumlah eksport RM786.96 bilion.

Menurut sumber, produk eksport termasuk perkhidmatan mewakili 75.2% daripada jumlah pengeluaran ekonomi Malaysia, atau KDNK.

eksport malaysia

Dari perspektif benua, 70.6% daripada eksport Malaysia telah dihantar kepada sesama negara Asia manakala 11.2% telah dihantar kepada pengimport di Eropah.

Malaysia menghantar 10.9% lagi ke Amerika Utara dengan 4.2% memasuki benua Oceania (sebahagian besarnya Australia, New Zealand dan sedikit Papua New Guinea).

Benua yang menerima barangan eksport dari Malaysia yang paling rendah adalah Afrika, dengan kadar 2.2%.

Dengan anggaran populasi Malaysia pada tahun 2017 adalah seramai 31.62 juta orang, nilai RM935.39 bilion eksport ini memberikan kira-kira RM29,582 kepada setiap penduduk di negara kita.

kilang elektronik di malaysia

Kadar pengangguran di Malaysia sehingga Disember 2017 adalah 3.3%, melihatkan penurunan sebanyak 0.2% dari tahun 2016 (3.5%).

iluminasi.com kongsikan 10 kumpulan produk eksport utama Malaysia pada tahun 2017, bersama nilai dan peratusan bagi setiap kategori mewakili dalam bentuk keseluruhan eksport.

1. Produk elektrik dan elektronik - RM343 bilion (36.7%, meningkat 16.1% dari tahun 2016)

2. Produk petroleum - RM71.99 bilion (7.7%, meningkat 24.1% dari tahun 2016)

3. Bahan kimia dan produk kimia - RM68.58 bilion (7.3%, meningkat 13.9% dari tahun 2016)

4. Minyak sawit - RM46.12 bilion (4.9%, meningkat 10.1% dari tahun 2016)

5. Gas asli cecair - RM40.46 bilion (4.3%, meningkat 19.2% dari tahun 2016)

6. Jentera, peralatan dan alat ganti - RM40.21 bilion (4.3%, meningkat 6.7% dari tahun 2016)

7. Pembuatan logam - RM38 bilion (4.1%, meningkat 12.2% dari tahun 2016)

8. Peralatan optik dan saintifik - RM32.43 bilion (3.5%, meningkat 11.3% dari tahun 2016)

9. Petroleum mentah - RM27.97 bilion (3%, meningkat 20.2% dari tahun 2016)

10. Produk getah - RM26.31 bilion (2.8%, meningkat 23% dari tahun 2016)

industri eksport malaysia power

foto kredit : B-Braun

10 eksport utama Malaysia menyumbang kepada hampir empat perlima (78.6%) daripada nilai keseluruhan eksport dan ekonomi Malaysia dilihatkan berada di landasan yang baik kerana menunjukkan peningkatan yang agak ketara bagi semua kategori barang eksport.

Bahan api galian termasuk minyak adalah yang paling pesat berkembang dalam kalangan 10 kategori eksport di atas, meningkat sebanyak 25.44% dari 2016 hingga 2017 yang dipacu oleh jualan minyak dan gas petroleum Malaysia yang terus meningkat.

Mengikut di belakang di tempat kedua adalah keuntungan sebanyak 25.43% untuk getah dan barang-barang yang diperbuat daripada getah, diikuti oleh barangan kimia pelbagai yang naik 18.3% dari tahun sebelumnya.

Rujukan:

1. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

2. World Top Exports




Hakcipta iluminasi.com (2017)