Oleh pada 20 Jul 2018 kategori

Generasi masa kini mungkin mengenali dan melihat dua entiti ini dengan pandangan berbeza daripada mereka yang hidup di tahun 1990an kerana pembawakan diri mereka kini agak berbeza berbanding dahulu.

Ketika dunia muzik Malaysia agak suram dengan irama melayu dan balada, namun babak-babak kosong tersebut diisi dengan alunan susunan kosa kata yang memukau oleh duo anak muda terhebat dalam sejarah muzik Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 9

Dan yang dimaksudkan tak lain tak bukan Too Phat yang dianggotai oleh Malique Ibrahim dan Joe Ishak, atau Joe Flizzow. Too Phat telah menaikkan standard penghasilan muzik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya muzik hip-hop.

Jika anda mendengar lagu-lagu mereka dan benar-benar menghayati, pastinya anda mengakui muzik yang dibawa Too Phat mempunyai kelas tersendiri.

Gabungan hip-hop dan R&B yang sangat sempurna membuatkan peminat kedua-dua genre ini tertarik. 

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 16 1

Malique dan Joe kenal melalui internet pada awal tahun 1998. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama iaitu menghasilkan muzik hip-hop dan mula mencabar masing-masing untuk bertarung melihat kebolehan siapa lebih hebat dalam rap dan bersajak yang dilakukan melalui internet.

Akhirnya kedua-dua anak muda ini yang ketika itu baru berusia 21 dan 19 tahun bertemu dan menghasilkan demo pertama yang mana memberikan mereka peluang beraksi di pentas-pentas hip-hop underground.

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 41

Setelah setahun berlalu dan beratus-ratus persembahan kemudian, usaha mereka membuahkan hasil lumayan.

Lagu "Li'l Fingaz" hasil nukilan Too Phat menjadi Hitz FM Most Wanted Hit di penghujung November 1999 dan diikuti dengan single rasmi mereka iaitu "Too Phat Baby" yang dikeluarkan pada penghujung Disember 1999.

Lagu "Too Phat Baby" memberikan impak yang tersangat besar besar di radio sehinggakan ia menjadi Juara Showdown Hitz FM. 

Jika ditenung sejenak, Too Phat lebih lirikal daripada biasa. Menurut Malique, mereka lebih fokus kepada lirik, berbanding elemen-elemen lain dalam hip-hop.

Perkara ini dibuktikan melalui banyak lagu mereka, yang mana liriknya sangat cantik disusun, lucu dan disulami sindiran. 

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 2

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 30

Klimaks bagi kepakaran menghasilkan lirik oleh Too Phat boleh dijumpai dalam lagu "I Like You Know" dan "Bla, Bla".

Dan antara lagu Too Phat yang paling popular di kalangan anak muda ketika itu adalah "Anak Ayam", manakala mereka juga pernah berduet dengan penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza dalam lagu Dua Dunia.

Kejayaan Too Phat dalam industri muzik terlalu besar sehinggakan mengenepikan dan menenggelamkan semua kumpulan hip-hop di Malaysia.

Bukan itu sahaja, album Too Phat juga berjaya menembusi pasaran di Amerika dan Eropah. 

Muzik yang dihasilkan oleh Too Phat berkumandang di kelab-kelab hip hop underground serata Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Antara anugerah dan kejayaan yang diterima Too Phat adalah:

  1. 2002 Best Engineered Album
  2. Best Local English Album - Plan B
  3. 2003 Anugerah Kembara Prestigious Award
  4. 2004 Best Group In A Vocal Performance in an album - 360°
  5. Best Local English Album
  6. 2006 Best Local English Album - Rebirth Into Reality
  7. Best Album Cover -Rebirth Into Reality
  8. ERA Radio Awards Anugerah ERA
  9. 2001 Choice Local English Artiste
  10. 2002 Choice Local English Artiste
  11. 2003 Choice Local English Artiste
  12. 2004 Choice Local English Artiste
  13. Nominee MTV Asia Awards 2002, 2004 and 2005

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 19 too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 20

Namun, perjalanan Too Phat tidaklah begitu lancar dan mudah. Pada awal tahun 1999 ketika mana Too Phat mula merakam album, mereka tidak berada di bawah mana-mana syarikat rakaman.

Malique dan Joe melalukan segala-galanya sendiri daripada pra-produksi sehinggalah menghasilkan muka depan album.

Joe yang ketika itu sedang menuntut dalam kos Multimedia, Pengiklanan dan Penyiaran di Institut Teknologi Kreatif Lim Kok Wing memberitahu bahawa saat-saat itu merupakan antara yang paling sukar dalam perjalanan Too Phat.

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 28

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 27

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 26 457

malique too phat 5kb2

"Kami melaburkan wang yang banyak dalam album tersebut, dan ada satu masa kami tidur dalam studio." jelas Joe Flizzow.

Namun, pabila hujan berhenti, timbul lah pelangi. Itu yang berlaku kepada Too Phat apabila mereka diambil untuk berada di bawah syarikat rakaman Positive Tone, seperti cerita dongeng yang benar-benar berlaku.

Ia berlaku apabila salah seorang daripada penerbit Too Phat iaitu Illegal, memainkan salah satu lagu kepada Ahmad Izham, Pengarah Urusan Positive Tone yang bekerja untuk Playtime Studios.

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 12 495

Setelah mendengar lagu Too Phat, Ahmad Izham teruja dan berkata :

"Saya tak pernah mendengar muzik hip-hop seperti ini". Beliau tanpa melengahkan masa meminta untuk bertemu dengan Malique dan Joe.

Satu pertemuan berlaku di antara Too Phat, Ahmad Izaham dan juga Paul Moss yang merupakan Direktor A&R Positive Tone.

Setelah berbincang, mereka mencapai kata sepakat dan secara rasminya Too Phat menjadi artis rakaman Positive Tone ketika tahun 1999 hanya berbaki beberapa minggu.

too phat kisah duo hip hop yang mengubah muzik malaysia 18 298

Album yang dikeluarkan ketika itu mengandungi 15 buah lagu yang sangat menakjubkan sehingga menjadi siulan anak muda dan telh mengangkat Too Phat tinggi jauh meninggalkan rakan seperjuangan hip-hop yang lain.

"Setiap lagu mempunyai kisah disebalikya. Ia merupakan album yang begitu lirikal dan kami sangat gembira dengan hasilnya," jelas Malique.

thumb 884




Hakcipta iluminasi.com (2017)