10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 1 318 391

24 tahun yang lalu, pengasas dan frontman antara kumpulan paling terkenal dalam sejarah muzik, Kurt Cobain, telah mengambil nyawanya sendiri dengan menembak kepalanya menggunakan senapang patah.

Terdapat pelbagai teori yang menyangkal dakwaan bahawa Kurt membunuh diri, namun apa sekalipun sebabnya, nyawa yang melayang tidak boleh dikembalikan.

Walaupun remaja zaman kini mungkin tidak mengenalinya, iluminasi.com ingin kongsikan 10 fakta tentang lagenda grunge Kurt Cobain yang ramai tak tahu.

1. Meminta lagunya sendiri untuk dimainkan di radio

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 2

Selepas melancarkan single pertama Nirvana, "Love Buzz" pada tahun 1988, Kurt memberi satu salinan kepada stesen radio kolej, KCMU. Dia kemudiannya berada di dalam kereta seharian sambil mendengar radio.

Selepas lagunya tidak dimainkan, Kurt memberhentikan kereta di tepi jalan dan mencari telefon awam. Dia kemudiannya membuat panggilan ke stesen radio tersebut dan membuat permintaan terhadap lagu Love Buzz.

2. Mahu menamakan albumnya “I Hate Myself And Want To Die”

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 8

Apabila ditanyakan bagaimana keadannya, Kurt agak kerap bergurau dengan menjawab "I Hate Myself And Want To Die".

Jawapan itu selari dengan sifat lucu Kurt yang sarkastik dan selepas masalah mental Kurt diketahui, dia menggunakan perkara ini sebagai cara untuk mempertahankan diri untuk membuatkan situasi menjadi kurang serius.

Kurt ingin menamakan album Nirvana yang dilancarkan pada tahun 1993 dengan nama "I Hate Myself And I Want To Die", namun pemain bass Nirvana, Krist Novoselic meyakinkan dia bahawa ia buka idea yang baik.

Akhirnya album itu diberi nama "In Utero".

3. Kurt bencikan Pearl Jam

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 9

Antara salah satu kumpulan muzik paling terkenal pada tahun 1990an adalah Pearl Jam.

Walaupun Kurt mempunyai hubungan yang baik dengan Eddie Vedder, frontman kumpulan tersebut dan menggelarkannya sebagai "orang yang sangat baik", namun Kurt bencikan muzik Pearl Jam.

4. Kurt pernah tinggal di bawah jambatan untuk seketika

kurt cobain minum susu 482

Ketika Kurt tinggal bersamanya ibunya semasa sekolah menengah, dia diberi kata dua sama ada untuk keluar daripada rumah atau mencari kerja.

Selepas seminggu, ibunya tidak lagi tahan dengan Kurt dan memasukkan semua barangnya ke dalam kotak. Faham dengan mesej ibunya, Kurt berpindah keluar.

Untuk seketika, Kurt tinggal di rumah rakannya dan apabila dia tidak ada pilihan, Kurt akan tinggal di bawah jambatan di Aberdeen di tepi Sungai Wishkah.

Ia merupakan inspirasi tajuk album live Nirvana iaitu "From The Muddy Banks of the Wishkah", yang juga menampilkan lagu "Something In The Way", menceritakan kisahnya tinggal di bawah jambatan.

Krist Novoselic yang juga merupakan rakan Kurt ketika sekolah menengah memberitahu dia kerap melepak di bawah jambatan itu bersama Kurt namun tak mampu tinggal di situ kerana sangat tidak selesa dan sejuk serta air sungai pasang surut.

5. Kurt bimbang tentang tubuh badannya

kurt cobain bimbangkan tubuh badannya 10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu

Menurut Tracy Marander, bekas kekasih Kurt yang menginspirasikan lagu "About A Girl", berat badan Kurt adalah sekitar 54 kilogram dan sukar untuk menambahkan berat badan.

Ketika di sekolah menengah, Kurt diejek disebabkan saiz badannya dan cuba menutup badannya yang kurus dengan memakai baju berlapis-lapis.

Walaupun ketika dewasa, Kurt biasanya dilihat memakan beberapa lapis pakaian, walaupun dalam cuaca panas.

6. Jenama rokok kegemaran Kurt

jenama rokok kegemaran kurt cobain 10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 357

Jarang untuk kita mengenali mana-mana rockers yang tidak merokok, apatah lagi dari luar negara. Seperti rockers yang lain, Kurt merupakan seorang perokok tegar.

Walaupun dia diketahui membeli beberapa jenis jenama rokok, namun menurut sumber, Kurt lebih suka rokok jenama Winston iaitu Winston Lights 100's.

7. Kurt benci memainkan lagu “Smells Like Teen Spirit”

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 5

Ya, lagu ini adalah hit terbesar Nirvana dan ia sinonim dengan pergerakan rock pada tahun 1990an. Namun apabila lagi ini meletup, Kurt mula bencikan lagu ini.

Dia berkata matlamatnya menulis lagu itu pada dasarnya untuk membuat rekod dan mengalahkan kumpulan Pixie. Kurt kemudiannya enggan memainkan lagu ini di banyak konsert Nirvana.

Dan jika dia memainkan lagu ini, Kurt dengan sengaja akan merosakkan persembahan tersebut.

8. Kurt mengalami masalah perut yang serius

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 00

Dalam jurnalnya, Kurt kerap menyatakan bahawa dia mengalami sakit perut kronik. Kurt berjumpa dengan ramai doktor namun mereka tak dapat menentukan penyebabnya. 

Masalah itu menjadi semakin teruk yang mana membuatkan Kurt terpaksa mengambil heroin dengan dos yang lebih tinggi untuk mengurangkan rasa sakit.

Dalam nota bunuh dirinya, Kurt merujuk masalah perutnya: "Thank you all from the pit of my burning, nauseous stomach for your letters and concern during the past years."

9. Sejarah nama lagu "Smells Like Teen Spirit"

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 6

Kurt mendapat nama lagu ini apabila rakannya, Kathleen Hanna yang merupakan penyanyi kumpulan Bikini Kill, menulis "Kurt Smells Like Teen Spirit" di dinding.

Apa yang dimaksudkan oleh Hanna adalah Kurt berbau seperti Teen Spirit, iaitu jenama deodoran yang dipakai oleh kekasih Kurt, Tobi Vail.

Kurt yang suka dengan nama itu menamakan lagunya yang kekal popular sehingga kini.

Kurt Cobain memberitahu bahawa dia tidak menyedari perkara itu sehinggalah beberapa bulan selepas lagu itu dikeluarkan. Dia telah menafsirkannya sebagai slogan revolusioner.

10. Kecenderungan membunuh diri dalam keluarga Kurt

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 1

Walaupun persoalan sama ada Kurt benar-benar membunuh diri atau tidak, akan menjadi pendebatan selama-lamanya. Namun apa yang pasti adalah 2 orang daripada bapa saudaranya telah membunuh diri.

Penyebab kepada kedua-dua kes itu adalah tembakan sendiri ke arah kepala. Ketika Kurt masih kecil, dia kerap merakamkan filem menggunakan kamera. Antara filem-filem nya termasuklah babak di mana dia membunuh diri.

Ekstra

Kurt menulis satu album solo penuh yang tak dikeluarkan

10 perkara tentang kurt cobain yang ramai tak tahu 2 936

Dalam satu temuramah, Eric Erlandson (gitaris kumpulan Hole) berkata bahawa beliau ada mendengar banyak lagu-lagu solo Kurt yang tidak dikeluarkan yang dimainkan oleh Kurt dihadapan beliau sendiri.

"Lagu-lagu yang dimainkan sangat cool. Ia sepatutnya menjadi album paling meletup buat Kurt. Itulah impian Kurt ketika itu, ingin menghasilkan album solo dan bekerjasama dengan artis-artis lain selain Nirvana,".

Saya sangat teruja dengan kerja-kerja yang Kurt sedang hasilkan. Saya berpeluang melihat Kurt mempersembahkan di hadapan saya. Sebab itu sayat tersangat sedih apabila dia mati. Dia tak berpeluang menerbitkannya. Siapa tahu ke mana album ini menjadi yang terbaik sepanjang zaman?"

Sukakan kucing

kurt cobain sukakan haiwan terutamanya kucing

Kurt dikatakan sebagai seorang yang sukakan binatang, terutamanya kucing. Ini disebabkan oleh dia sering dilihat bermain dengan kucing.

Malah, menurut pengasas syarikat rakaman asal Nirvana, Sub Pop, iaitu Bruze Pavitt, dia masih teringat perbualan dengan Kurt selepas pertama kali Nirvana membuat persembahan di Saturday Night Live.

kurt cobain sukakan haiwan terutamanya kucing 2

"Kurt bercakap mengenai kemungkinan dia ingin membuka zoo. Dia sedang memikirkannya dan berkata "Aku boleh lakukan apa sahaja yang aku mahu. Aku rasa nak buka zoo,"".

Rujukan:

1. Upvenue

2. Fat Saloon

3. Pigeon Sand Planes


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)