Oleh pada 02 Jun 2017 kategori

Nikotin merupakan bahan utama dalam rokok yang menyebabkan kesan ketagihan terhadap rokok. Ianya mengambil masa kira-kira 48 ke 72 jam untuk nikotin dinyah daripada badan.

Nikotin yang telah masuk ke saluran darah akan menyebabkan anda rasa ketagih sehinggalah anda menghisap rokok untuk mendapatkan nikotin. Lebih banyak rokok yang dihisap, lebih pekat kandungan nikotin di dalam darah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dicuba untuk mengurangkan ketagihan dan kebergantungan terhadap nikotin.

nikotin

#1 Berhenti Merokok atau Kurangkan Merokok

Langkah pertama merupakan yang paling penting. Tetapkan keazaman untuk berhenti merokok. Sekiranya sukar untuk berhenti terus, kurangkan pengambilan rokok. terlebih dahulu. Perlahan-lahan kurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

#2 Minum Lebih Banyak Air

minum air

Nikotin yang dihirup daripada asap rokok akan menyerap ke dalam saluran darah. Banyakkan minum air kosong untuk memudahkan proses nyahtoksik nikotin daripada saluran darah anda.

#3 Banyakkan Senaman

senaman

Melakukan senaman dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma badan ini seterusnya akan membantu pembakaran dan pembuangan nikotin melalui peluh.

#4 Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

vitamin c

Pengambilan Vitamin C boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Vitamin C boleh diperoleh dengan mudah melalui jus oren ataupun pengambilan makanan tambahan Vitamin C dalam bentuk tablet.

#5 Kurangkan Pengambilan Alkohol, Gula dan Kopi

alkohol

Pengambilan alkohol, gula dan kopi boleh meningkatkan keinginan untuk menghisap rokok. Oleh itu, elakkan pengambilan alkohol, gula dan kopi.

#6 Berkawan Dengan Orang Yang Tidak Merokok

Kebanyakan perokok menghisap rokok kerana mereka dikelilingi oleh rakan yang menghisap rokok. Untuk mengelakkan keinginan merokok, banyakkan berkawan dengan golongan yang tidak merokok. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)