Oleh pada 05 Mar 2018 kategori

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjadi trend, malah dijadikan sebagai alat membantu meningkatkan prestasi.

Sama ada bagi seorang atlet mahupun sebagai alat yang mampu memberikan idea yang bernas bagi artis-artis, ia merupakan satu kesalahan besar.

Namun, terima kasih kepada ciri-ciri dadah itu sendiri yang kekal dalam sistem badan untuk beberapa tempoh tertentu, penyalahgunaan dadah dapat dikesan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka yang menyalahgunakan dadah tahu akan kesan dan akibatnya, dan akan melakukan apa sahaja untuk menutup tindakan ini. Namun, teknologi yang semakin maju dalam bidang biokimia membuatkan ujian dadah tidak boleh diperbodohkan lagi.

skuad elite aadk malaysia

Bahan kimia yang disuntik, dihisap atau disedut oleh pengguna tidak akan keluar dari sistem badan walaupun rasa dan kesannya sudah tidak dirasai lagi. Sisa-sisa bahan kimia tersebut masih boleh dikesan melalui darah, air kencing dan juga rambut, dalam masa beberapa jam, hari mahupun bulan.

1. Kenapa dadah kekal dalam badan?

berapa lama dadah kekal dalam badan

Degil. Ya, dadah kekal di dalam badan disebabkan mereka degil. Kedegilan ini adalah kerana ianya bahan larut lemak. Ini bermaksud ia wujud berasingan dan tidak bercampur dengan air. Jika anda mencampurkan air dan jus oren, ia akan bercampur aduk, tetapi tidak bagi dadah. Malah, dadah akan terapung-apung di permukaan air.

Jadi, tak kiralah bagaimana dadah itu diambil, ia pasti akan dijumpai dalam sistem badan manusia.

Dadah hanya boleh keluar daripada badan melalui najis, termasuklah peluh, berak dan kencing. Namun bahan kimia ini harus dimetabolismakan ke dalam bentuk molekul larut air sebelum dikeluarkan. 

Proses ini berlaku di organ hati, yang mana menjadi penyebab kepada kerosakan hati bagi kebanyakan penyalah guna dadah. Molekul larut dalam sistem individu tersebut terlarut dalam air di dalam darah, sebelum ditapis keluar oleh buah pinggang dan dibuang melalui air kencing.

jenis dadah

Kesan dadah yang boleh dikesan di dalam badan seseorang itu adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor genetik dan luaran. Antaranya adalah kadar metabolisma dan toleransi pengguna, jenis ujian yang dijalankan, dos yang diambil, kekuatan dadah yang diambil dan juga keadaan kesihatan pengguna.

Faktor-faktor ini paling mempengaruhi kerana ia mampu mengubah keputusan secara keseluruhan. Sebagai contoh, pengguna yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi akan menukarkan dadah kepada molekul larut air dan membuangnya keluar lebih cepat daripada individu rendah metabolisma.

Selain daripada peluh, air kencing dan darah, dadah juga boleh dikesan melalui rambut. Kehadiran dadah boleh dibuktikan melalui panjang rambut. Pertumbuhan rambut adalah pada kadar 1 sentimeter sebulan. Jadi, bergantung kepada variasi kadar ini, adalah mungkin untuk menentukan pengambilan dadah bagi beberapa bulan sebelumnya.

2. Berapa lama ia akan kekal dalam sistem?

ketagihan heroin 514

Walaupun tembakau dan alkohol secara tradisinya tidak dikategorikan sebagai dadah, namun kami masukkan juga di sini berapa lama bahan-bahan ini kekal dalam badan dan mempengaruhi tingkahlaku kita.

Dan bagi bahan yang paling kontroversi sama ada ia dikategorikan kepada dadah atau tidak, iaitu ganja, juga disenaraikan di sini.

Pengambilan alkohol dan rokok sangat mudah untuk dikesan dengan hanya bau mulut. Pengesanan dadah yang kuat amatlah sukar, daripada saiz anak mata kepada peluh yang sejuk.

Ujian darah, air kencing dan rambut kekal sebagai ujian yang paling ketat dan teliti.

Tempoh kekal dalam darah (jam)

tempoh dadah kekal dalam darah

Tempoh kekal dalam air kencing (hari)

tempoh dadah kekal dalam air kencing

Tempoh kekal pada rambut (hari)

tempoh dadah kekal pada rambut

Berapa lama tempoh ganja lekat di dalam air kencing atau urine?

Berapa lama tempoh syabu kekal di dalam badan?

Benarkah ujian air kencing tak boleh detect syabu?

Nah! Anda temui jawapannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)