adakah merokok menenangkan fikiran

Umum tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Walaupun begitu, ramai yang seolah-olah tidak begitu mengambil berat tentang perkara ini.

Tabiat merokok oleh seseorang dipengaruhi oleh faktor yang berbeza, di mana ada yang ingin kelihatan cool, ada yang suka-suka mengikut rakan, namun majoritinya adalah disebabkan oleh ketagihan dan ingin mengurangkan tekanan.

Merokok dan ketagihan

Faktor biologi yang terlibat dalam merokok berkaitan dengan bagaimana otak bertindak terhadap nikotin.

Apabila seseorang merokok, dos nikotin sampai ke otak dalam masa kira-kira sepuluh saat.

Pada mulanya, nikotin meningkatkan mood dan tumpuan, mengurangkan kemarahan dan tekanan, melegakan otot dan mengurangkan selera makan.

benarkah merokok mengurangkan tekanan jfif

Dos biasa nikotin menyebabkan perubahan dalam otak, yang kemudiannya membawa kepada tanda-tanda pengeluaran nikotin (nicotine withdrawal) apabila bekalan nikotin menurun.

Merokok mengurangkan gejala pengeluaran nikotin buat sementara waktu dan oleh itu boleh menguatkan kebiasaan tersebut.

Kitaran ini adalah bagaimana kebanyakan perokok menjadi bergantung kepada nikotin.

Faktor sosial dan psikologi juga memainkan peranan dalam membuatkan perokok terus merokok.

Walaupun ramai anak muda bereksperimen dengan rokok, faktor-faktor lain mempengaruhi sama ada seseorang itu akan terus menjadi perokok tegar atau tidak.

merokok tidak mengurangkan tekanan tetapi sebaliknya

Ini termasuklah mempunyai rakan atau saudara yang merokok dan sikap ibu bapa mereka terhadap merokok.

Apabila orang muda menjadi dewasa, mereka lebih cenderung untuk merokok jika mereka menyalahgunakan alkohol atau dadah, atau hidup dalam kemiskinan.

Faktor-faktor ini membuatkan seseorang itu mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami tekanan. 

Kebanyakan orang dewasa mengatakan bahawa mereka merokok kerana kebiasaan atau rutin dan / atau kerana ia membantu mereka bertenang serta mengatasi tekanan.

Merokok dan tekanan

kaitan merokok dan tekanan

Idea bahawa orang merokok untuk membantu meringankan tanda-tanda dan gejala tekanan dikenali sebagai 'rawatan sendiri".

Tekanan adalah sesuatu yang sangat biasa, memberi kesan kepada kita apabila kita berasa tidak mampu menampung tekanan yang tidak diingini.

Ia boleh menyebabkan gejala fizikal seperti sakit kepala atau sesak nafas serta membuat orang berasa marah, cemas atau tertekan.

Perasaan-perasaan ini dapat mengubah tingkah laku kita dan berasa tertekan seringkan membuat orang minum alkohol atau merokok lebih daripada biasa.

Tekanan jangka panjang juga berkaitan dengan kebimbangan dan kemurungan.

Merokok dan kebimbangan

merokok dan kebimbangan

Penyelidikan terhadap merokok dan tekanan telah menunjukkan bahawa merokok sebenarnya bukan membantu orang untuk bertenang dan relaks, tetapi sebaliknya meningkatkan kebimbangan dan ketegangan.

Nikotin mewujudkan rasa santai yang segera, jadi orang merokok dengan kepercayaan bahawa ia mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Perasaan santai dan tenang ini bersifat sementara dan tak lama kemudian memberi laluan kepada gejala pengeluaran nikotin dan meningkatkan keinginan terhadap rokok.

Merokok mengurangkan gejala pengeluaran nikotin, yang mana sama dengan gejala kegelisahan, tetapi ia tidak mengurangkan kebimbangan atau menangani penyebab asalnya.

Merokok dan kemurungan

kaitan merokok dan kemurungan

Di United Kingdom, kadar merokok di kalangan orang dewasa yang mengalami kemurungan adalah kira-kira dua kali lebih tinggi daripada orang dewasa tanpa kemurungan.

Orang yang mengalami kemurungan mempunyai kesukaran tertentu apabila mereka cuba berhenti merokok dan mengalami gejala pengeluaran yang lebih teruk dalam cubaan untuk berhenti.

Nikotin merangsang pembebasan dopamin kimia di dalam otak dan ia terlibat dalam mencetuskan perasaan positif. 

Dalam kebanyakan kes, jumlah dopamin bagi mereka yang mengalami kemurungan adalah rendah, yang mana mereka ini kemudiannya mungkin menggunakan rokok sebagai cara untuk meningkatkan bekalan dopamin secara sementara. 

Walau bagaimanapun, merokok menggalakkan otak untuk mematikan mekanismenya sendiri untuk menghasilkan dopamin.

Jadi, dalam jangka masa panjang, bekalan dopamin akan menurun yang seterusnya mendorong perokok merokok dengan lebih banyak. 

Malah, kebanyakan orang mula merokok sebelum mereka menunjukkan tanda-tanda kemurungan, sehinggakan tidak jelas sama ada merokok membawa kepada kemurungan, atau kemurungan yang menggalakkan orang untuk mula merokok.

Penjelasan yang paling mungkin ialah terdapat hubungan yang kompleks di antara kedua-duanya.

Merokok dan skizofrenia

merokok dan skizofrenia

Orang yang mengalami skizofrenia adalah tiga kali lebih cenderung untuk merokok daripada orang lain dan mereka cenderung merokok lebih banyak.

Salah satu penjelasan yang paling umum tentang ini adalah bahawa pesakit skizofrenia menggunakan aktiviti merokok untuk mengawal atau menguruskan beberapa gejala yang berkaitan dengan penyakit mereka, dan untuk mengurangkan beberapa kesan sampingan ubat yang diambil.

Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan sebab dan akibat antara merokok dan skizofrenia.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan skizofrenia dan penyelidikan selanjutnya diperlukan untuk memahami sepenuhnya kaitan ini. 

Adakah merokok meningkatkan kesihatan mental?

adakah merokok meningkatkan kesihatan mental

Walaupun ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan mental mengatakan bahawa mereka merokok untuk mengurangkan gejala mereka, mereka biasanya mula merokok sebelum masalah mereka bermula.

Merokok secara tegar tidak semestinya membawa kepada pengurangan gejala penyakit mental dalam jangka panjang.

Apa-apa faedah jangka pendek yang seolah-olah disebabkan oleh merokok, diatasi oleh kadar masalah kesihatan fizikal berkaitan dengan merokok yang lebih tinggi, seperti kanser paru-paru yang biasa berlaku pada orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara membantu berhenti merokok

cara bantu berhenti merokok jfif

Berhenti merokok secara tiba-tiba dengan kemahuan dan keinginan sahaja adalah cara paling tidak berkesan untuk berhenti.

Berhenti merokok kelihatan lebih cenderung untuk berjaya jika anda merancang ke hadapan, mempunyai sokongan dan memilih masa yang tepat untuk mencuba.

Cubaan berhenti merokok cednderung untuk gagal jika anda berasa tidak stabil, mengalami krisis atau menjalani perubahan penting dalam hidup anda.

Untuk mempersiapkan diri bagi apa-apa perubahan, fikirkan hubungan anda dengan merokok, di mana memahami kesannya kepada anda boleh meningkatkan motivasi anda untuk berhenti.

Juga, fikirkan tentang apa yang akan anda peroleh dengan tidak merokok, misalnya kesihatan fizikal yang lebih baik, nafas yang lebih segar, tumpuan yang lebih baik dan dapat menggunakan wang tersebut untuk kegunaan lain.

cara bantu berhenti merokok 2

Anda mungkin perlu menulis perkara-perkara ini sebagai peringatan kepada diri sendiri mengapa anda mahu berhenti.

Usaha untuk berhenti merokok boleh menjadi lebih mudah jika anda membincangkannya dengan keluarga dan rakan-rakan, serta biarkan mereka menyokong anda.

Jika orang lain yang tinggal bersama anda merokok, anda akan sukar untuk berhenti. Cuba untuk hindarkan diri anda daripada perokok. 

Minda manusia adalah sangat sensitif kepada hubungkait, jadi menghapuskan semua produk tembakau dari rumah anda boleh membantu mengurangkan sebahagian daripada ketagihan nikotin terhadap tubuh.

Perokok sudah terbiasa dengan keadaan merokok tertentu seperti selepas makan atau sedang buang air besar.

Sekiranya anda boleh mengenal pasti situasi pencetus anda dan mengelakkannya, peluang untuk anda kembali merokok akan menjadi lebih rendah.

Bersedia untuk gejala pengeluaran nikotin

gejala pengeluaran nikotin

Gejala pengeluaran yang mungkin berlaku termasuklah sakit kepala, mual, kerengsaan, kegelisahan, keinginan rokok, rasa sengsara, kesukaran menumpukan perhatian, meningkatkan selera makan dan mengantuk.

Minum jus buah atau air yang lebih segar, makan lebih banyak makanan serat tinggi dan mengurangkan kafein serta gula halus dalam diet anda dapat membantu sesetengah orang mengatasi gejala pengeluaran.

Terapi penggantian nikotin dan ubat-ubatan

Terapi penggantian nikotin (NRT), anti-depresan dan ubat-ubatan lain semuanya telah terbukti dapat membantu perokok tanpa masalah kesihatan mental untuk berhenti merokok.

Malah, cara-cara ini juga boleh membantu orang yang mengalami kemurungan atau skizofrenia. NRT kelihatan lebih berkesan apabila digabungkan dengan terapi bercakap.

Rujukan:

1. Merokok Dan Kesihatan Mental

2. Adakah Merokok Mengurangkan Tekanan?

3. Anda Rasa Merokok Mengurangkan Tekanan?



Hakcipta iluminasi.com (2017)