Apabila membeli air dan kuantiti yang banyak di McDonald's, anda akan diberikan sebuah tray untuk memudahkan anda membawa kesemua air tersebut. Malangnya, tray tersebut akan dibuang begitu sahaja.

Sekiranya anda bijak, tray tersebut bolehlah digunakan untuk membuat sesuatu yang berfaedah. Itulah yang dilakukan oleh McDonald's dengan kerjasama University of Waterloo dan Stacklab.

Tray air tersebut telah diubah suai boleh digunakan kembali sebagai boombox. Apa itu boombox?

mcdonalds boombox

Ianya adalah sebuah alat untuk membesarkan suara yang dikeluarkan dari telefon pintar anda menggunakan mekanisma pantulan bunyi. 

Untuk membolehkan tray tersebut digunakan sebagai boombox, bahan yang mempunyai kelebihan memantulkan bunyi telah diletakkan pada bahagian bawah tray tersebut. Hasil daripada ujikaji yang dilakukan, apabila lagu daripada telefon pintar anda dimainkan, kertas refleksi ini akan memantulkan bunyi seterusnya memperkuatkan (amplify) bunyi sebanyak 101%.

muzik boombox

Lihat video dibawah untuk penerangan mengenai idea menarik ini:

University of Waterloo di Kanada di sememangnya terkenal dengan kajian-kajian dan projek menarik. Disini jugalah lahirnya jenama Blackberry. Malangnya, tray kreatif yang diberi nama McDonald's Boombox ini yang dikeluarkan dalam masa yang terhad kepada pelanggan mereka di Kanada sahaja. 

Kredit: Inc.com


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)