Oleh pada 12 Mar 2017 kategori

cara berhenti merokok

Tahukah anda? Merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar(strok). Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan setiap perokok.

Kenapa kita wajib berhenti merokok?

Merokok tidak memberi kebaikkan langsung malah memberi keburukan bukan kepada perokok sahaja, malah kepada orang sekeliling mereka. Ahli keluarga terdedah kepada bahaya asap rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia dan 50 diantaranya adalah penyebab berlakunya kanser. Ibu mengandung juga amat berisiko jika terkena asap rokok kerana boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang.Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada bahaya asap rokok kerena boleh dikhuatiri mendapat penyakit asma.

Jika perokok berhenti merokok maka dapatlah menjimatkan lagi duit poket. Mana taknya, jika harga rokok sekotak bernilai RM16 maka sebulan jumlahnya adalah RM480. Wow! dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Myvi.

katakan tidak pada rokok

Disini ada beberapa tips untuk anda berhenti merokok. 9 Tips Berhenti Merokok. Anda bolehlah mencubanya. Harapan kami anda berjaya mencapai matlamat anda untuk berhenti merokok. Sekiranya artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.

1. Fokus kepada manfaatnya

Anda perlu meletakkan fokus yang tinggi kenapa anda wajib tinggalkan rokok. Fokus kepada masalah yang akan terjadi jika anda meneruskan tabiat buruk ini. Contohnya , merokok akan menyebabkan anda mendapat kanser maka anda kena mula rasa takut dan fokus untuk terus berhenti merokok.

2. Tetapkan tarikh

Tarikh amat penting untuk anda mencapai misi ini. Tetapkan tarikh yang sesuai dengan keadaan mental anda, jangan lama sangat anda hendak tetapkan. Cukup paling lama tempoh 14 hari peluang untuk anda merokok, selepas pada itu tiada lagi istilah rokok dalam kamus anda.

3. Minta sokongan

Anda perlu meminta supaya ahli keluarga,bakal isteri atau rakan-rakan untuk membantu anda dari segi sokongan moral. Setiap kali anda teringin merokok hubungilah mereka untuk mendapatkan kata-kata semangat. Dorongan mereka jugalah yang menjadikan anda lebih bersemangat untuk berhenti merokok.

4. Melengahkan masa atau sibukkan diri

Jika anda berasa teringin sangat untuk merokok, cubalah untuk melengahkan masa anda. Carilah kerja apa-apa pon supaya anda tidak rasa mahu merokok. contoh, membersihkan tanah perkuburan.

berhenti merokok

5. Minum air putih dan mengunyah gula gula getah

Banyakkan meminum air putih sekurang kurangnya 2 liter sehari. Jika anda keinginan membuak buak untuk merokok maka anda hendaklah mengunyah gula gula getah untuk mengantikan tabiat merokok.

6. Mengelakan diri

Elakkan diri anda buat sementara waktu untuk melepak dengan rakan rakan yang banyak merokok. Cuba tidak menyimpan lighter dari poket anda. Anda mungkin rasa segan untuk meminta lighter daripada orang yang tidak anda kenali.

7. Memandi dengan kerap

Sentiasa membasuh tangan dan kerap mandi adalah salah satu cara untuk mengurangkan stress ketika rokok sedang bermain difikiran anda. Air mampu untuk memadam api.

8. Positifkan diri

Sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada diri anda. Niat dalam hati untuk berhenti merokok dan sentiasa positifkan diri dengan kata kata yang memberangsangkan anda. Contohnya, "saya bukan perokok, saya sayang diri saya."

9. Berdoa

Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya anda dapat berhenti merokok. Jika anda masih mempunyai ibu, mintalah supaya ibu anda mendoakan anda. Doa ibu sangat mustajab.

Selamat mencuba, semoga hidup anda bebas dari rokok.

tips berhenti merokok


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)