Oleh pada 14 Oct 2017 kategori

Pasti anda berasa marah jika makanan yang dipesan tersalah pesanan. Perut sudah berasa lapar, pasti perasaan marah makin membuak-buak. Bagaimana jika hari-hari tersalah hantar order? Pasti sudah tutup restoran tersebut. Terdapat sebuah restoran yang unik terletak di bandar Tokyo iaitu Restoran Salah Pesan atau lebih dikenali sebagai Restaurant of Order Mistakes. Walaupun namanya aneh namun ia tetap menarik perhatian umum untuk  merasai pengalaman menikmati makanan di sini. Ia merupakan satu konsep yang lain daripada yang lain. 

seorang nenek mengambil pesanan dari pelanggan

Jika pertama kali memasuki restoran ini pasti akan terkejut melihat pelayan atau kakitangan restoran ini terdiri daripada golongan wanita tua. Anda boleh bayangkan pelayan yang melakukan tugasan menyambut tetamu dan mengambil pesanan terdiri daripada makcik serta nenek.

Bukan itu sahaja, golongan wanita yang mengambil pesanan ini merupakan individu yang mengalami penyakit alzheimer dan juga penyakit nyanyuk(dementia). Jika anda mendapat pesanan yang silap, anda tidak perlu berasa hairan kerana kesilapan pesanan tersebut merupakan konsep yang telah diwujudkan oleh pemilik restoran tersebut.

kakitangan restoran salah order

Penyakit alzheimer merupakan sejenis penyakit yang menurunkan fungsi saraf otak yang menyebabkan seseorang itu menjadi lupa. Pengunjung yang bertandang ke restoran ini tidak akan mendapat hidangan yang diinginkan seperti yang diminta. Bayangkan mereka sendiri tidak mampu untuk mengingati arahan yang diterima. Para pelayan ini juga sering kali lupa untuk menghantar minuman dan beberapa pesanan yang lain.

makanan yang tersalah order

Suasana restoran tidak kelam kabut bahkan para pelanggan berasa terhibur dengan telatah para pekerja yang sedang bertugas. Para pelayan ini dilihat sentiasa seronok meskipun mereka tidak sedar akan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tempoh berkhidmat. Pelanggan pasti akan rasa simpati melihat nasib para pelayan yang berusia itu. Pelanggan pasti kagum melihat kegigihan warga tua yang mempunyai penyakit dementia menjalan rutin harian kehidupan mereka.

Walaupun waktu operasi restoran ini sangat singkat, namun ianya berjaya menyedarkan sesetengah pihak terhadap mereka yang mempunyai alzheimer dan dementia. Konsep ini berjaya membuktikan bahawa golongan ini tidak sama sekali disisihkan oleh masyarakat, malah masyarakat mahu untuk mendekati golongan tersebut.

restoran melakukan kesilapan mengambil order

Jika anda mahu belajar untuk bersabar maka di sini tempat yang sesuai untuk anda. Anda perlu bersabar dan bertenang setelah banyak kali meminta pesanan yang sama dan belum menerimanya. Kerana anda perlu ingat mereka bukan seperti manusia normal yang boleh mengingati sesuatu menu dengan mudah. Restoran ini beroperasi hanya 3 hari iaitu pada 2 hingga 4 Jun yang lepas.

Walaupun tempoh operasi yang singkat, restoran tersebut mempunyai permintaan yang tinggi untuk melanjutkan tempoh operasi. September merupakan bulan sambutan Hari Alzheimer Dunia yang mana kedai akan beroperasi sepanjang sambutan ini. 


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)