Kredit foto: encikshino.com
Cukup teruja bakal menjadi bapa kelak, pelakon Hafidz Roshdi sudahpun memberi nama kepada anak sulungnya itu biarpun kandungan isterinya baru berusia empat bulan.
Namun, Hafidz lebih berhati-hati dengan keadaan isterinya yang pernah keguguran sebelum ini.
Walaupun belum melakukan imbasan jantina anak, tak tahu kenapa naluri saya kuat mengatakan kami bakal dikurniakan anak lelaki. Begitu juga isteri yang inginkan anak lelaki. Disebabkan itu saya memilih nama Luth. Pada masa sama saya juga ada senaraikan tiga nama sekiranya anak perempuan. Namun dalam soal ini segalanya atas ketentuan Allah SWT.
Kami sebenarnya tak kisah lelaki atau perempuan asalkan anak yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat. Pengalaman lalu buatkan saya serik. Jadi apabila tahu isteri hamil kali kedua, saya terus larang dia buat kerja rumah atau apa saja aktiviti berat. Saya tak mahu insiden sama berulang,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Sumber: Harian Metro
Tambah Hafidz, isterinya masih mengalami alahan bau selain kerap muntah namun keadaannya kini bertambah baik. Persiapan untuk menyambut kelahiran bayi itu juga sudah mula dibuat oleh mereka.