Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi

Aktor Hafidz Roshdi bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya yang berjantina perempuan pada jam 11.30 pagi, semalam.

Menurut Hafidz, proses kelahiran oleh isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berjalan dengan lancar di sebuah pusat perubatan di Klang.

hafidz roshdi dapat anak sulung 2

Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi

Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Saya sangat terharu dan tidak sangka sudah bergelar bapa pada usia masih muda. Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sumber: BH Online

Bagaimanapun pelakon Red Velvet itu enggan mendedahkan nama anak sulungnya itu buat masa ini sehingga suatu masa kelak.

hafidz roshdi dapat anak sulung 3

Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi

Hafidz bernikah dengan Shuhada pada 30 April tahun lalu selepas melangsungkan pertunangan selama lima bulan.

Mengenai perkembangan terkini, aktor itu bakal terbit dalam drama baru berjudul Kelip Kelip Kota London yang akan ditayangkan di portal Tonton pada bulan hadapan, sebelum memasuki tayangan slot Zehra TV3 hujung tahun ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)