fazley yaakob dedah cara unik dapat nama anak

Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob mendedahkan cara unik bagaimana dia mencari idea untuk menamakan bayi perempuannya.

Kata penyanyi yang juga chef selebriti itu, dia dan isteri membuka peluang kepada para peminat di laman sosial untuk memberi idea.

Sudahnya, Fazley bagai tidak percaya kerana menerima hampir 5,000 cadangan!

“Saya dan isteri membuka cadangan nama anak perempuan di laman sosial masing-masing. Tak sangka kami menerima hampir 5,000 cadangan nama dari peminat.

“Kami gabungkan cadangan peminat dan berbincang juga bersama tiga anak lelako kami, Akhirnya, kami sepakat memilih untuk menamakan anak kami dengan nama Alayna Selma atau lebih mesra dipanggil dengan nama Ellie. Alayna Selma bermaksud puteri atau cahaya kepada ketenangan,” katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Sementara itu, penyanyi berusia 39 tahun itu menyifatkan kehadiran Ellie sebagai pelengkap keluarganya yang sekian lama menantikan cahaya mata perempuan.

“Saya bersyukur dengan kehadiran Ellie dalam keluarga kami. Selepas menerima kehadiran tiga hero sebelum ini, Ellie membuatkan keluarga kami lengkap.

“Biarpun sudah enam tahun tidak menjaga bayi, saya tidak kekok kerana sudah terbiasa menjaga tiga hero sebelum ini,” dedahnya.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Soraya pada tahun 2007.

Sepanjang usia perkahwinan mereka juga dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah atau nama manjanya Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)