Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Kredit foto: tv14.my

Baru-baru ini, Datuk Aliff Syukri tertinggal beg tangannya yang mengandungi wang berjumlah RM50,000 di dalam pesawat yang dinaikinya iaitu Malaysia Airlines.

Menurut Datuk Aliff Syukri, dia tertinggal beg tersebut di tempat duduknya kerana sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda yang baru pulang dari menunaikan umrah bersama ahli keluarga yang lain.

Malah, dia cuma menyedari kejadian itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya iaitu kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, Datuk Aliff sememangnya bernasib baik kerana terdapat seorang pramugara berhati mulia bernama Encik Zol yang menyimpan beg tersebut sebaik menjumpainya.

“Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada.


“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.


“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang.

Sumber: Mynewshub

Menerusi akaun Instagramnya, Datuk Aliff memuat naik gambar selfienya bersama pramugara tersebut.

datuk aliff syukri nyaris kehilangan rm50 000 1

Sumber gambar: artisbuzz.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)